- Lain-lain
Tanglung Ikan Terangi Pergunungan (3)
Wang Chunyan, pewaris warisan budaya tak ketara tanglung ikan Wangmantian. Foto oleh Zhang Jun, wartawan People's Daily Online |
Terletak di bandar Huangshan di provinsi Anhui, kampung Wangmantian dikelilingi banjaran gunung beralun-alun. Di sekitar kampung, kelihatan ikan kerapu air tawar berenang-renang di sungai. Ikan inilah yang menjadi inspirasi bagi rekaan tanglung ikan buatan Wang Chunyan, seorang wanita tempatan yang berusia 30 tahun.
Tanglung ikan Wangmantian mempunyai sejarah melebihi enam abad. Setiap tahun, pada hari ke-13 hingga ke-16 bulan qamari pertama, penduduk kampung Wangmantian membuat tanglung berbentuk ikan. Begitulah adat yang menjadi amalan mereka selama lebih seratus tahun.
Seawal usia 10 tahun lagi, Wang Chunyan sudah belajar membuat tanglung ikan. Sejak itu, Wang tidak henti-henti menghalusi teknik membuat tanglung ikan yang diwarisinya hinggakan pada tahun 2023, dia dipilih sebagai pewaris warisan budaya tidak ketara tanglung ikan Wangmantian.
Kini, Wang telah mengambil lebih 20 orang perantis. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengasaskan sebuah muzium tanglung ikan, di samping menjalankan penyelidikan mengenai budaya tanglung ikan dan memastikan kemahiran membuat tanglung ikan terus diwarisi.
Pada pandangannya, tanglung ikan buatan tangan mencerminkan kebijaksanaan dan ketekunan penduduk kampung Wangmantian dari segala segi. Ujar Wang Chunyan, tanglung ikan juga membolehkannya benar-benar menghargai peranan warisan budaya itu dalam menyatupadukan penduduk dan menggalakkan keharmonian di kampung.
- Pembuat Piza dari Amerika Gabungkan Unsur Timur dan Barat di Huangshan
- Terbinanya Sebuah Warisan di Rumah Yang Selesa
- UNESCO Beri Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Akademi Dunhuang, Fan Jinshi
- BRI Jadi Faktor Budaya Dunhuang Semakin Dikenali
- Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha Bina Zon Pameran Khas China
- Gulangyu, Menapak Mengikut Sejarah Panjang
- Foto: Wuhu, Destinasi Jamu Selera dan Santai
- ‘Duta Pelancongan’ Cerita dan Promosi Gunung Huangshan di Beijing
- “Pakar Kecantikan” Gunung Huangshan Kongsi Pengalaman
- Fengyang Jadikan Kereta Skrap Sebagai Ekonomi Kitaran Berkembang Maju
- Tingkatkan Perlindungan Warisan Budaya dan Alam: Xi
- Hari Warisan Dunia: 10 Tempat Arkeologi di China yang Wajib Dilawati
- Pameran Tematik Budaya China Diketengah Sempena Paris Fair 2024
- Jawatankuasa Teknik Perlindungan Warisan Budaya ISO Ditubuhkan di Beijing
- Perkasakan Perlindungan Tembok Besar, Kata Xi
- Terusan Ribuan Tahun
- Jambatan Batu Purba di Zhejiang Dilindungi Baik
- Aktiviti Pelancongan Warna-warni Rangsang Perbelanjaan
- Sesi ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia Dirasmikan
- Kanak-kanak China Pelajari Warisan Budaya Tidak Ketara, Manfaatkan Cuti Musim Panas