- Lain-lain
Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha Bina Zon Pameran Khas China
Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha 2023 dibuka kepada awam pada Selasa. Ekspo yang dirasmikan pada Isnin itu merupakan julung-julung kalinya ekspo hortikultur peringkat A1 dianjurkan oleh negara Asia Barat dan Afrika Utara.
Bertapak di Taman Bidda, di pusat bandar Doha, ekspo kali ini terdiri daripada tiga ruang pameran, iaitu ruang antarabangsa, kebudayaan dan keluarga.
Di ruang kebudayaan, pihak penganjur telah mendirikan satu zon khas seluas 500 meter persegi untuk mempamerkan warisan budaya dan seni tidak ketara dari China.
Selain itu, persembahan kesenian China termasuk tarian, alat muzik tradisional, lukisan, nyanyian, dan tarian singa akan diadakan di ruang persembahan seluas 1,500 meter persegi setiap hari, dalam tempoh sebulan akan datang.
Bertemakan "Green Desert, Better Environment", Ekspo Hortikultur Antarabangsa Doha 2023 bertujuan untuk menggalakkan masyarakat antarabangsa memperlahankan proses penggurunan melalui solusi inovatif, di samping membangkitkan perhatian dan kesedaran orang awam terhadap alam sekitar dan perlindungan alam sekitar, menyeru masyarakat antarabangsa bertindak melindungi alam sekitar.
- BRI Jadi Faktor Budaya Dunhuang Semakin Dikenali
- UNESCO Beri Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Akademi Dunhuang, Fan Jinshi
- Terbinanya Sebuah Warisan di Rumah Yang Selesa
- Jurugambar Kekalkan Warisan Budaya melalui Lensa
- Gadis Etnik Miao Guna Perhiasan Perak, Buat "Langit Bintang"
- Kain Ikat Celup Etnik Bai Papar Keindahan Yunnan
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Yang Yuni: Dorong Budaya Tani Etnik Hani ke Pentas Dunia
- Anggota CPPCC: Hidupkan Tinggalan Budaya
- Wakil NPC: Semarakkan Seni Sulaman, Pacu Pembangunan Desa