- Lain-lain
Wakil NPC: Semarakkan Seni Sulaman, Pacu Pembangunan Desa
Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Qiaojin Shuangmei merupakan ketua sebuah koperasi profesional sulaman di kaunti autonomi Mabian berpenduduk etnik Yi, provinsi Sichuan, barat daya China.
Sejak penubuhannya pada 2015, koperasi sulaman yang diasaskan Qiaojin itu telah melatih lebih 3,000 pelajar secara dalam dan luar talian, dengan sekitar 800 wanita etnik Yi berpeluang bekerja di rumah secara fleksibel, sekali gus membolehkan mereka mampu menjaga anak-anak sambil mencari rezeki.
Koperasi itu juga membantu sulaman etnik Yi diketengahkan sebagai projek representatif warisan budaya tidak ketara peringkat provinsi.
Pada masa sama, Qiaojin juga giat mengadakan pelbagai aktiviti di kampus tempatan dalam usaha untuk memperkenalkan seni sulaman tradisional ini kepada lebih ramai pelajar.
Pada pandangan beliau, usaha melindungi dan mewarisi warisan budaya tidak ketara bukan sahaja mencerminkan keyakinan rakyat terhadap budaya, tetapi juga akan mendorong pembangunan desa.
Sempena sidang tahunan NPC yang sedang berlangsung di Beijing ketika ini, Qiaojin akan mengemukakan cadangan selanjutnya untuk memajukan pelancongan budaya dan pembangunan desa melalui sulaman etnik Yi.
- Animasi Paparkan Pesona Warisan Budaya Tidak Ketara China kepada Dunia
- Alat Muzik Tradisional Medium Jana Pembangunan Desa
- Pewaris Seni Mukam di Turpan, Xinjiang
- Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO di China
- Guizhou Sambut TBC dengan Persembahan Warisan Budaya Tidak Ketara
- Tinggi, Tergantung, Kagum: Seni Budaya Qianhuying Gaotai
- Lampu Deret Huangyuan Menyuluh Haluan Budaya
- Rai ‘Teknik Penghasilan Teh’ Tersenarai Warisan Budaya Dunia
- Hebei Jadi Tuan Rumah Persidangan Warisan Budaya Tidak Ketara Tekstil China
- Xi Arah Pergiat Perlindungan Sistematik Warisan Budaya Tidak Ketara