99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Import Eksport Kargo China RMB28.58 Trilion Lapan Bulan Pertama 2024

(CRI)Selasa 10 September 2024

Import eksport kargo China pada lapan bulan pertama tahun 2024 meningkat 6 peratus tahun ke tahun, dengan mencecah RMB28.58 trilion (RM17.50 trilion). Antaranya eksport meningkat 6.9 peratus, dengan merekod RMB16.45 trilion (RM10.07 trilion), manakala import naik 4.7 peratus, mencatat RMB12.13 trilion (RM7.43 trilion).

Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, jumlah perdagangan luar China dengan negara terbabit dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencapai RMB13.48 trilion (RM8.26 trilion), meningkat 7 peratus. Antaranya, jumlah import eksport China dengan negara-negara ASEAN mencatat RMB4.5 trilion (RM2.76 trilion), melonjak 10 peratus, sekaligus menyumbang 15.7 peratus keseluruhan perdagangan luar negara ini.

Dengan itu, ASEAN kekal rakan dagang terbesar bagi China.

Sementara itu, import eksport antara China dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Korea Selatan masing-masing naik 1.1 peratus, 4.4 peratus dan 8 peratus, sedangkan perdagangan dengan Afrika dan Amerika Latin naik 5 peratus dan 10.9 peratus.

Video

Berita Berkaitan