- Lain-lain
CCPIT: Lebih 70% Syarikat China Rancang Perluas Perniagaan di ASEAN
Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) mengadakan sidang media pada 27 Disember. Zhang Xin, jurucakap CCPIT dalam sidang media itu berkata pihaknya telah selesai menyusun Laporan Iklim Perniagaan di ASEAN 2023 baru-baru ini setelah menjalankan tinjauan yang meliputi lebih 20 bidang.
Menurut laporan terbabit, operasi syarikat-syarikat China di rantau itu secara keseluruhan adalah baik. 51.11% syarikat ditinjau menjangka mencapai keuntungan pada 2023. Manakala, yang menjangkakan peningkatan dalam bahagian pasaran, keuntungan operasi dan keuntungan pendapatan masing-masing 48.88%, 48.6% dan 51.41%. Sebanyak 70.95% merancang memperluas perniagaan di ASEAN.
Laporan itu menunjukkan bahawa persekitaran perniagaan ASEAN secara keseluruhannya stabil dan bertambah baik. Syarikat-syarikat China secara amnya melihat bahawa Singapura, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Indonesia antara yang terbaik dari segi iklim perniagaan.
- Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN Bertambah Baik dan Dinaik Taraf
- Kerancakan Pertumbuhan Ekonomi China Beri Manfaat Perdagangan China-ASEAN
- Pemulihan Ekonomi China pada S1 akan Manfaatkan ASEAN
- Pintu Sempadan China-Vietnam di Guangxi Makin Sibuk
- Pengeksport Makanan Laut Vietnam Dapat Manfaat melalui Dagangan dengan China
- ASEAN Kekal Rakan Dagang Terbesar China
- Rundingan CAFTA Versi 3.0 Bermula, Terus Teroka Potensi Perdagangan
- Dagangan China, ASEAN Pamer Daya Tahan dan Potensi Besar