99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Dagangan China, ASEAN Pamer Daya Tahan dan Potensi Besar

(CRI)Jumaat 28 Oktober 2022

Perdagangan China-ASEAN terus mengekalkan momentum pertumbuhan positif dan memperlihatkan daya tahan kuat serta potensi besar, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan China Shu Jueting.

Shu berkata prestasi itu secara tidak langsung memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi sejagat.

Data berkenaan menunjukkan, pada Januari hingga September, jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara ASEAN mencecah RMB4.7 trilion (RM3.06 trilion), menokok sebanyak 15.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sementara perkadarannya daripada keseluruhan dagangan luar China turut meningkat kepada 15.2 peratus.

Ia sekali gus menyaksikan China kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN selama 13 tahun berturut-turut, manakala status ASEAN sebagai rakan dagang terbesar China terus diperkukuh.

Menurut Shu, tahun ini menandakan permulaan perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN dan juga tahun pertama penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Beliau berkata China bersama negara-negara ASEAN mempergiatkan kerjasama pragmatik dalam bidang ekonomi dan perdagangan, dan melaksanakan RCEP secara berkualiti tinggi hingga memantapkan lagi perdagangan bilateral.

"Pertukaran antara China dengan ASEAN semakin rapat sementara kolaborasi membabitkan rantaian perindustrian dan bekalan terus diperdalam, dan ia turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

"China komited terus memperkasa kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara ASEAN, di samping memelihara keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan serantau.

"Sinergi juga akan dibentuk untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala serta serantau yang saling menguntungkan," katanya semasa sidang media pada Khamis.

Gaya Hidup