- Lain-lain
Li Qiang Berucap pada Persidangan Usahawan China-Afrika
Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Afrika terus berputik dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehingga memberi sokongan kuat kepada usaha sama menggerakkan modenisasi.
Demikian ujar Perdana Menteri China Li Qiang ketika berucap merasmikan Persidangan Usahawan China-Afrika edisi kelapan yang berlangsung di di Beijing pada Jumaat.
Li berkata China dan Afrika perlu bersolidariti dan berkolaborasi lebih rapat dalam memperkasa pemadanan pasaran, mendorong pengintegrasian industri dan memperkukuh pacuan inovasi sekali gus memantapkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan.
Beliau berharap agar para usahawan mengikut arus sezaman, mengintensifkan kolaborasi dan memainkan peranan lebih besar bagi mendorong pembangunan China dan Afrika malah seluruh dunia.
Persidangan kali ini dihadiri kira-kira 1,000 peserta antaranya pemimpin negara Afrika, wakil usahawan China dan Afrika serta perwakilan institusi antarabangsa.
- Pakar Sepanyol: China Sokong dan Galakkan Pembangunan Ekonomi Afrika
- Hubungan China-Afrika Dinaiktaraf ke Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa
- Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat FOCAC
- China, Afrika Perlu Gembleng Tenaga Gerak Pemodenan: Presiden Xi
- Kerjasama China-Afrika Dorong Afrika Jadi Lebih Hijau
- China, Afrika Terus Perdalam Kerjasama Dalam Sains Pertanian Tropika, Teknologi
- Tinjauan CGTN: Keberhasilan Kerjasama China-Afrika Dapat Pujian
- China, Afrika Sasarkan Bidang Baharu dalam Kerjasama Masa Depan
- China, Togo Naik Taraf Hubungan
- Tinjauan CGTN: Praktik Kerjasama China-Afrika Disanjung Tinggi