99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pakar Sepanyol: China Sokong dan Galakkan Pembangunan Ekonomi Afrika

(CRI)Khamis 05 September 2024

"Benua Afrika mendapat pilihan untuk merintis jalan pembangunan pertanian, tidak terlepas dari usaha China yang membantu mendidik bakat tempatan yang berkaliber.”

Pandangan ini terkandung dalam satu artikel Xulio Rios, pakar isu China dari Sepanyol, yang disiarkan dalam satu portal Sepanyol baru-baru ini.

Xulio Rios dalam artikelnya yang bertajuk "China Mengubah Wajah Afrika" itu, menyatakan bahawa China membantu Afrika membasmi kebuluran melalui pemberian bantuan kepada sektor pertanian berskala kecil dan unit keluarga yang terbukti kondusif bagi peningkatan pengeluaran pertanian. China telah menghantar ratusan pakar pertanian ke Afrika di samping menawarkan ribuan peluang latihan kepada tokoh profesional tempatan dalam bidang pertanian.

Selain itu, dalam tempoh tiga tahun lalu, syarikat China yang melabur di Afrika telah mencipta sejumlah besar peluang pekerjaan di benua itu, dan membina sejumlah zon kerjasama ekonomi dan perdagangan yang meliputi pertanian, industri pemprosesan dan pembuatan, perdagangan, logistik dan sebagainya. Sebanyak lebih 1,000 syarikat yang bertapak di pelbagai zon tersebut, telah membuat sumbangan besar dalam peningkatan pendapatan tempatan melalui percukaian dan eksport.

Wajah Afrika sedang mengalami perubahan berkat sumbangan China kepada sektor infrastruktur dan pembinaan perindustrian di benua itu.

Artikel itu juga menyatakan bahawa di sebalik desas-desus yang menjadi-jadi mengenai dasar pinjaman kewangan yang dilaksanakan China, usaha negara Tembok Besar dalam membantu negara-negara Afrika mengurangkan tekanan hutang melalui pelbagai saluran kelihatan begitu menonjol.

Video

Berita Berkaitan