99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Afrika Terus Perdalam Kerjasama Dalam Sains Pertanian Tropika, Teknologi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 September 2024

Pada 2014, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Crossfrontier International yang berpangkalan di Kenya, Lucy Mimano telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Akademi Sains Pertanian Tropika China (CATAS) bagi mempelajari teknik kultur tisu untuk anak pokok pisang.

Menurutnya, dalam tempoh 28 hari itu, pakar dari China telah memberinya panduan terperinci tentang cara membangunkan industri pisang dengan cekap dari perspektif pengeluaran dan pengurusan, yang disifatkannya sebagai sangat membantu.

Sekembalinya Mimano ke Kenya, beliau melabur dan menubuhkan kilang terbesar untuk menghasilkan anak benih pisang kultur tisu di negara itu, menyediakan anak benih pisang bebas penyakit kepada petani dan perusahaan di Afrika Timur dan Tengah.

Usaha beliau secara tidak langsung menyaksikan galakan pembangunan industri pisang di Kenya dengan berkesan.

Untuk rekod, Mimano bukan satu-satunya individu yang mengikuti program tersebut. Setiap tahun, CATAS mengalu-alukan individu dari Afrika untuk mempelajari teknik pertanian tropika melalui lawatan serta pembelajaran di tapak, dan kemudian menggunakan kemahiran mereka kembali ke negara asal.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CATAS telah melatih hampir 3,000 juruteknik pertanian dari Afrika.

Pada masa sama, CATAS turut secara aktif menubuhkan platform untuk pertukaran dan kerjasama antarabangsa, selain menjalankan latihan teknikal untuk bantuan asing. Lebih 100 lawatan pakar telah dibuat ke luar negara untuk melaksanakan projek bantuan asing dalam pertanian tropika.

Beberapa tahun mutakhir ini, China dan Afrika telah memperdalam kerjasama mereka dalam teknologi pertanian di bawah rangka kerja Inisiatif Jalur dan Laluan serta Forum Kerjasama China-Afrika.

Menjelang akhir tahun 2023, China telah menubuhkan 24 pusat demonstrasi teknologi pertanian di Afrika. Kemudahan ini telah meningkatkan hasil tanaman secara purata 30 hingga 60 peratus di wilayah yang berkaitan, membantu negara-negara Afrika meningkatkan pembangunan pertanian mereka dan menyumbang kebijaksanaan Cina kepada pemodenan pertanian Afrika.

"Pada masa hadapan, kami merancang untuk melaksanakan pelbagai program di kawasan pertanian utama Afrika. Ini akan memberi tumpuan kepada tanaman seperti ubi kayu dan pokok platain, dan termasuk teknik seperti pembiakan setempat, penggantian benih yang lebih baik, teknik penanaman lanjutan, pengurangan kehilangan selepas tuaian dan penggunaan komprehensif, dan mekanisasi pertanian.

“Matlamat kami adalah untuk membantu negara-negara Afrika meningkatkan hasil tanaman mereka dan meningkatkan kapasiti mereka untuk keselamatan makanan yang mencukupi," kata Li Jihua, naib presiden CATAS.

Baru-baru ini, bengkel mengenai Kerjasama Sains dan Teknologi Pertanian China-Afrika telah diadakan di Sanya, Provinsi Hainan di selatan China. Lebih daripada 130 wakil daripada institusi penyelidikan pertanian, organisasi serantau dan perusahaan di China dan negara-negara Afrika telah berkumpul untuk membincangkan topik seperti inovasi dalam kerjasama sains dan teknologi pertanian China-Afrika.

Felix Dapare Dakora, bekas presiden Akademi Sains Afrika berkata bahawa Kejayaan besar China dalam meningkatkan hasil tanaman dan memajukan pemodenan pertanian melalui inovasi teknologi berterusan adalah sesuatu yang diidamkan Afrika.

Video

Berita Berkaitan