- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden DRC
(foto/Xinhua)
Presiden China Xi Jinping bertemu rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Congo (DRC) Felix Tshisekedi yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Isnin.
Xi berkata China sedia bersama DRC memperkukuh rasa saling percaya dalam politik, menyokong antara satu sama lain dan mengejar pembangunan bersama.
Kerjasama membabitkan pertanian, pemprosesan mineral dan latihan vokasional akan dipergiat lagi, selain bantuan terus dihulurkan kepada DRC untuk memanfaatkan kelebihan sumber hingga menjadi momentum pembangunan, tambah beliau.
Sementara itu, Tshisekedi menyatakan pihaknya ingin belajar daripada pengalaman China dan menjadikan negara Tembok Besar sebagai rakan kongsi terutama sambil terus merapatkan persahabatan dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.
FOCAC menyediakan peluang penting kepada negara-negara Afrika untuk mewujudkan pembangunan, kata beliau sambil menambah bahawa persidangan kali ini akan mencapai kejayaan dengan membawa hasil memberangsangkan buat rakyat Afrika.
(foto/Xinhua)
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Presiden Xi Balas Surat kepada Sarjana Afrika
- Seramai 230 Juta Pesakit Terima Rawatan Pasukan Perubatan China di Afrika
- Beijing Bersedia Hoskan Sidang Kemuncak FOCAC 2024
- China Sedia Berganding Tangan dengan Komuniti Antarabangsa demi Kesejahteraan Rakyat Afrika
- Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024 Bakal Buka Tirai
- Peng Liyuan Hadiri Kem Musim Panas Kanak-kanak China, Afrika di Beijing
- Afrika Sentiasa Berganding Bahu Bersama China: Presiden Guinea-Bissau
- China Rakan Kongsi Pembangunan Afrika: Sarjana Kenya
- Presiden China, Gabon Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-50 Hubungan Dilpomatik
- Kerjasama Afrika-China Saling Menguntungkan: Presiden Sierra Leone