- Lain-lain
Xi Bertemu Guterres
Presiden China Xi Jinping bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Khamis.
Xi berkata China bersedia memperkasa sinergi dengan PBB untuk membantu Afrika mewujudkan kedamaian dan pembangunan.
Beliau menegaskan diplomasi China sentiasa memegang prinsip mengamalkan multilateralisme jitu dan menyokong PBB memainkan peranan teras dalam urusan antarabangsa.
China akan terus mengambil bahagian secara aktif dalam kerja PBB melibatkan pelbagai bidang dan menyokong PBB menganjurkan Sidang Kemuncak Masa Depan.
China juga komited mendorong pembaharuan seni bina kewangan antarabangsa dan memperkasa tadbir urus kecerdasan buatan (AI).
Guterres berkata kerjasama antara China dengan Afrika membantu mengurangkan ketidakadilan yang dialami Afrika dalam sejarah sehingga mewujudkan kedamaian dan pembangunan di benua itu.
PBB bersedia meningkatkan sinergi dengan China untuk menolak amalan yang mencetuskan perpecahan dan menjejaskan kemajuan bersama, di samping mengamalkan multilateralisme, mendorong tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- Kemuncak FOCAC 2024: Apabila Teknologi Bertembung dengan Budaya
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Metro Baharu Mexico City Beroperasi
- Kemuncak FOCAC 2024: Apabila Teknologi Bertembung dengan Budaya
- Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat FOCAC
- Xi Bertemu Presiden Tanzania
- Mesyuarat Peringkat Menteri ke-9 FOCAC Dirasmikan
- Xi Bertemu Presiden Sierra Leone
- Persidangan Usahawan China-Afrika Berlangsung Lusa
- Xi Bertemu Pengerusi Suruhanjaya AU
- China, Togo Naik Taraf Hubungan
- Pusat Media Sidang Kemuncak FOCAC Mula Operasi
- Xi Bertemu Presiden DRC