- Lain-lain
Metro Baharu Mexico City Beroperasi
Projek penaiktarafan metro laluan 1 Mexico City, ibu kota Mexico yang dijalankan oleh Kumpulan Lokomotif Zhouzhou CRRC diselesaikan dan beroperasi secara rasmi bermula 29 Oktober waktu tempatan.
Ini merupakan kali pertama projek metro tayar getah yang dibangunkan syarikat China beroperasi di luar negara, sekali gus membawa metro laluan 1 yang sudah beroperasi selama separuh abad di bandar itu ke pemodenan.
Menurut CRRC, projek itu juga merupakan projek "sistem+" pertama syarikat berkenaan di luar negara. Tempoh perkhidmatannya selama 19 tahun.
Projek itu telah disenaraikan sebagai Sepuluh Kes Klasik PPP Global oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada 2022.
CRRC menubuhkan kilang di Queretaro, Mexico dan giat memperkasakan pembuatan tempatan. Setakat ini, jumlah pedagang pembekal tempatan telah melebihi 100 buah, berjaya memacu pembangunan rantaian perindustrian kelengkapan pengangkutan rel tempatan.
Selain itu, projek tersebut turut memberikan limpahan manfaat kepada masyarakat tempatan, menawarkan peluang kerja, berkongsi pengalaman China, dan memberikan latihan profesional kepada hampir 300 juruteknik tempatan.?
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Tren Laju 350 km/j Rentas Laut Pertama China Mula Ujian Operasi
- Amboi, Pantasnya! Di Balik Kereta Api Laju 350km/j China
- Ujian Laju Kereta Api Shanghai-Nanjing Cecah 385km/j
- Tren EMU Fuxing akan Digunakan di Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet
- Buaian HSR Pacu Modenisasi China
- China Tetapkan Piawaian Antarabangsa Teknologi Pengelektrikan Landasan Kereta Api
- Xinjiang Buka Laluan Khas Hantar Benang Kapas ke Foshan
- Subway Paling Laju di Turkiye Dirasmikan
- Selenggara Kereta Api, Jamin Operasi Lancar pada TBC
- Kereta Api Vietnam-China-Kazakhstan Beroperasi