99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Bantu Atlet Kemboja Tingkat Teknik Bertanding

(CRI)Jumaat 30 Ogos 2024
China Bantu Atlet Kemboja Tingkat Teknik Bertanding

Program bantuan teknikal sukan yang ditawarkan China banyak membantu atlet Kemboja meningkatkan prestasi mereka ketika beraksi dalam pelbagai pertandingan, kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Nasional Kemboja Vath Chamroeun.

Beliau yang merangkap Setiausaha Negara di Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan menghadiri majlis penyerahan program berkenaan bersama kaunselor ekonomi Kedutaan China di Kemboja, Zhong Jie di Phnom Penh pada Rabu.

Chamroeun berkata menerusi usaha bersama kedua-dua pihak, program bantuan itu dilaksanakan dengan jayanya, menyaksikan keterampilan atlet Kemboja mencapai lonjakan besar sekali gus menyuburkan jalinan persahabatan antara atlet dan jurulatih dua negara.

Diperkenal pada April 2022 dan selesai pada Januari 2024, program bantuan teknikal sukan itu mengundang seramai 296 atlet dan jurulatih dari Kemboja menjalani latihan di China.

Pada masa sama, 16 jurulatih China dihantar ke Kemboja untuk memberi bimbingan latihan jangka pendek kepada atlet tempatan membabitkan 12 acara sukan termasuk gimnastik, olahraga, bola tampar, renang, badminton dan ping pong.

Dalam majlis penyerahan simbolik itu, Zhong Jie berkata China komited mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dengan Kemboja dalam bidang sukan, sambil membantu pasukan sukan Kemboja meningkatkan taraf latihan serta kemahiran dan teknik mereka untuk bertanding.

Selain menyokong Kemboja melaksanakan kempen kecergasan fizikal di seluruh negara, China juga akan menyumbang kepada realisasi sasaran Kemboja tampil sebagai negara yang kuat dalam bidang sukan.

Video

Berita Berkaitan