- Lain-lain
Bekerjasama Erat Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Kemboja Bertaraf Tinggi: Wang Yi
Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi menyeru agar sinergi dibentuk untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja bertaraf tinggi pada era baharu.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC membuat kenyataan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat ke-7 Jawatankuasa Penyelaras Antara Kerajaan China-Kemboja bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja Sun Chanthol di Phnom Penh, pada Isnin.
Beliau berkata pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara sentiasa berada di barisan hadapan sezaman dan telah menjadi model untuk membina hubungan antarabangsa jenis baharu.
"Hendaklah kita (China dan Kemboja) menyemarakkan persahabatan tradisional, memperkukuh rasa saling percaya dari segi politik dan memperkasa kolaborasi segenap bidang," ujar Wang.
Beliau berharap kedua-dua pihak memberi konotasi baharu kepada kerangka kerjasama 'intan enam sisi', selain terus mempergiat usaha sama dalam membina 'Koridor Pembangunan Perindustrian' dan 'Koridor Ikan dan Beras'.
Dalam pada itu, Sun Chanthol berkata pelaburan China di Kemboja terus meningkat dan nilai dagangan kedua-dua negara semakin bertambah, menyaksikan kerjasama segenap bidang berjalan lancar.
Kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Inisiatif Pembangunan Global memberikan dorongan kuat untuk pembangunan sosioekonomi Kemboja, kata beliau sambil menambah bahawa pihaknya komited memantapkan jalinan muhibah dengan China dan memperdalam kerjasama saling untung demi kesejahteraan rakyat.
Antara persetujuan lain yang dicapai pada mesyuarat berkenaan adalah China dan Kemboja akan merapatkan lagi pertukaran lawatan peringkat tinggi, terus berkongsi pengalaman dalam tadbir urus negara, mempertingkat kerjasama pertahanan dan bersama membanteras jenayah rentas sempadan.
- China, Kemboja Ikrar Majukan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib
- Wang Yi Bakal Lawat Indonesia, Kemboja dan Papua New Guinea
- China, Kemboja Adakan Rundingan Kerjasama Keselamatan Maritim
- China Beri Alat Penyapu Ranjau dan Barang Kemanusiaan kepada Kemboja
- Parti Pemerintah China, Kemboja Komited Tingkatkan Kerjasama Bilateral
- Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-Kemboja Dilancarkan
- Universiti Teknologi dan Sains Kemboja-China Dibuka secara Rasmi
- Bank Pusat China, Kemboja Tandatangan MoU, Tingkatkan Kerjasama Kewangan
- Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-70 Kemerdekaan Kemboja
- Xi Bertemu PM Kemboja