99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Bertemu PM Kemboja

(CRI)Jumaat 20 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, pagi tadi.

Xi berkata, usaha akan dilakukan untuk menggerakkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan 'strategi pentagon' Kemboja.

Rangka kerjasama 'intan enam sisi' harus disempurnakan, manakala usaha sama dalam membina 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras' terus dipergiat, tambah beliau.

"Kami (China) akan memberi sokongan kepada pelaksanaan projek seperti lapangan terbang Kemboja, pembaikpulihan tinggalan dan tapak sejarah dan sebagainya."

"Kami mengalu-alukan lebih banyak hasil pertanian Kemboja memasuki pasaran China, dan menggalakkan lebih ramai pelancong China berkunjung ke Kemboja," kata Xi.

Dalam pada itu, Hun Manet berkata pihaknya akan mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-65 hubungan Kemboja-China untuk memperkasa kolaborasi, memantapkan usaha sama berkaitan dua koridor berkenaan dan membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Video

Berita Berkaitan