- Lain-lain
Universiti Teknologi dan Sains Kemboja-China Dibuka secara Rasmi
Universiti Teknologi dan Sains Kemboja-China yang dibina secara usaha sama oleh Universiti Vokasional Teknologi Perindustrian Nanjing dan Majlis Kemboja-China Kemboja telah dibuka secara rasmi di Phnom Penh pada Rabu waktu tempatan.
Menurut maklumat berkenaan, Universiti Teknologi dan Sains Kemboja-China merupakan universiti teknologi vokasional kendalian China yang pertama di seberang laut. Menurut tinjauan terhadap syarikat Kemboja dan syarikat China di Kemboja berhubung permintaan modal insan, universiti ini menawarkan enam jurusan sebagai kumpulan pertama yang merangkumi teknologi kejuruteraan penjanaan kuasa berdasarkan penggunaan tenaga baharu, teknologi kejuruteraan perkhidmatan automotif, teknologi kejuruteraan siber, e-dagang, pengurusan logistik moden dan pengurusan pelancongan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertukaran dan kerjasama pendidikan antara China dan Kemboja terus diperkasakan terutamanya dalam bidang pendidikan vokasional. Terdapat 19 buah agensi atau projek pendidikan kendalian China di Kemboja, yang berperanan memupuk tenaga profesional dalam bidang teknologi dan kemahiran demi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara Kemboja.
- Bank Pusat China, Kemboja Tandatangan MoU, Tingkatkan Kerjasama Kewangan
- Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-70 Kemerdekaan Kemboja
- Xi Bertemu PM Kemboja
- China, Kemboja Ikrar Mantapkan Kolaborasi Pragmatik
- Lapangan Terbang Baharu Siem Reap Mula Beroperasi
- Presiden Xi Ditemui Raja Kemboja
- China, Kemboja Selesai Latihan Bersama 'Peace Angel-2023'
- Tokoh: BRI Pacu Pembangunan Prasarana, Perdagangan, Pelaburan di Kemboja
- Wang Yi, Hun Manet Adakan Perbincangan
- Menteri Luar China, TPM Kemboja Adakan Perbincangan