- Lain-lain
China, Kemboja Lancar Latihan Bersama 'Naga Emas 2024'
Latihan bersama 'Naga Emas 2024' China-Kemboja dilancarkan di sebuah pangkalan latihan Tentera Diraja Kemboja di Kampong Chhang, pada Khamis.
Majlis pelancaran dihadiri pegawai tentera dan askar yang terlibat dalam latihan itu serta atase tentera beberapa negara asing ke Kemboja.
Latihan berkenaan merangkumi operasi di darat dan laut dengan menumpukan kepada tindakan bersama memerangi keganasan dan misi penyelamatan kemanusiaan.
Tentera dua negara akan menjalani latihan adaptif, latihan perintah dan latihan tempur membabitkan operasi menyelamat tebusan di bandar, mengepung dan menewaskan pengganas di kawasan pergunungan serta menghapuskan aktiviti penculikan di laut.
Sempena latihan berkenaan, tentera China akan menjalankan tugas kemanusiaan antaranya menawarkan perkhidmatan perubatan percuma kepada penduduk kampung di sekitar dan menghadiahkan alat tulis kepada pelajar tempatan.
Siri aktiviti menarik seperti pertandingan sukan dan persembahan seni turut akan diatur untuk memperkasa pertukaran budaya dan memperkukuh ikatan muhibah dua negara.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ketenteraan rutin China dan Kemboja, latihan bersama 'Naga Emas' telah berjaya diadakan sebanyak lima kali.
Ia bertujuan untuk memantapkan perkongsian strategik komprehensif China-Kemboja, meningkatkan kesalingpercayaan politik dan memperluas pertukaran ketenteraan dua negara.
- Pembinaan Jambatan Prek Talong Sungai Bassac Kemboja Dirasmikan
- Pasukan Perubatan Guangxi Bawa Cahaya kepada Pesakit Katarak Kemboja
- Universiti Teknologi dan Sains Kemboja-China Dibuka secara Rasmi
- Lapangan Terbang Baharu Siem Reap Mula Beroperasi
- China, Kemboja Selesai Latihan Bersama 'Peace Angel-2023'
- Tokoh: BRI Pacu Pembangunan Prasarana, Perdagangan, Pelaburan di Kemboja
- Kemboja Hargai Lebuh Raya Baharu Bantuan China
- China, Kemboja Mahu Terus Perkasa Kerjasama Tentera
- PM Li: Galakkan Persahabatan China-Kemboja dan Kerjasama Asia Timur