- Lain-lain
PM Li: Galakkan Persahabatan China-Kemboja dan Kerjasama Asia Timur
China bersedia berkembang bersama-sama dengan negara serantau termasuk Kemboja dan merintis jalan baharu untuk kerjasama bilateral, malah kerjasama Asia Timur. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam artikelnya yang disiarkan media perdana Kemboja dalam bahasa Kemboja, Inggeris dan China hari ini sebelum beliau bertolak untuk menghadiri siri mesyuarat pemimpin kerjasama Asia Timur dan melakukan lawatan rasmi di negara itu.
Li dalam artikelnya menekankan bahawa pendirian China menyokong teguh perpaduan dan kedudukan utama ASEAN adalah konsisten. Pelbagai negara boleh berlega hati membangun bersama dengan China tanpa menghadapi sebarang tekanan untuk memihak.
Artikel itu menunjukkan bahawa China sebagai negara membangun paling besar di dunia akan penuh hati menumpukan tenaga kepada pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat. China komited terus meningkatkan tahap keterbukaan di samping memartabatkan penguatkuasaan undang-undang dalam persekitaran perniagaan yang berorentasikan pasaran dan menyasarkan pentas antarabangsa supaya memastikan negara ini kekal destinasi pelaburan yang hangat serta rakan yang sudi berkongsi peluang pembangunan dengan negara lain.