- Lain-lain
Kesan Tapak Kaki Dinosaur Kecil Ditemui di Barat Laut China
Foto bertarikh 6 Ogos 2024 ini memaparkan sebahagian fosil tapak kaki dinosaur kecil yang dijumpai di Taman Geo Global Linxia di Wilayah Autonomi Hui Linxia, Provinsi Gansu, barat laut China. (Xinhua/Cheng Nan)
Lima fosil tapak kaki dinosaur kecil dari zaman Cretaceous telah ditemui di Provinsi Gansu, barat laut China, yang dipercayai merupakan antara jejak dinosaur terkecil di dunia.
Memetik agensi berita Xinhua pada Rabu, kesan tapak kaki itu dijumpai oleh para pekerja di muzium dinosaur di Taman Geo Global Linxia di Wilayah Autonomi Hui Linxia susulan berlakunya hujan berterusan yang mengakibatkan kesan tapak kaki pada permukaan batu yang terluluhawa terdedah.
Difahamkan, setiap kesan tapak kaki dianggarkan berukuran satu ke tiga sentimeter panjang.
Profesor madya di Universit Geosains China (Beijing), Xing Lida berkata bahawa kesan tapak kaki itu pertama kali ditemui di Lembangan Sichuan dan kemudiannya ditemui di Provinsi Shandong dan Korea Selatan.
Menurut beliau, penemuan di Linxia kali ini adalah signifikan terhadap pengajian biostratigrafi, zaman geologi dan kepelbagaian dinosaur di kawasan-kawasan tersebut.
Xing turut menekankan tentang nilai saintifik penemuan itu, dengan menyatakan bahawa ia memberi perspektif baharu terhadap dinosaur, satu langkah penting ke arah evolusi burung tersebut.
Tambah beliau, kesan tapak kaki baharu itu juga memberi petunjuk bahawa dinosaur tersebut tidak bergerak pantas.
Untuk rekod, sejak penghujung 1990-an, lebih 2,000 kesan tapak kaki dinosaur telah dijumpai di Kaunti Yongjing Linxia, iaitu sebahagian daripada taman geo itu, yang turut dikenali sebagai ‘kluster kesan tapak kaki dinosaur Liujiaxia’.
Kesan tapak kaki tersebut bukan sahaja mencerminkan tabiat dan tingkah laku dinosaur, tetapi juga memperlihatkan hubungan dengan alam sekitar.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Keindahan Waktu Malam di Kawasan Pemandangan Lintasan Jiayu
- Penggemar Makanan Banjiri Tianshui, Cari Malatang ‘Viral’
- Lapangan Terbang di Tapak Warisan Dunia China Sambung Operasi Laluan Antarabangsa
- Melawat Loji Fotovolta Tertua China: Bunga Matahari Mekar di Celah Gunung
- “Encore Dunhuang” Hidupkan Semula Jalan Sutera Ribuan Tahun
- Mural Papar Daging Panggang 1,700 Tahun Dahulu
- Mukbang Harimau Salji di depan Kamera Inframerah