- Lain-lain
Melawat Loji Fotovolta Tertua China: Bunga Matahari Mekar di Celah Gunung
Berapa tahunkah tahannya sebuah loji jana kuasa fotovolta? Angka sebenar belum diketahui, namun sebuah loji yang terletak di Lanzhou, provinsi Gansu telah menjawab soalan ini dengan cara lain.
Terletak di Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu, stesen jana kuasa fotovolta ini yang adalah paling lama yang masih wujud di China. Stesen ini siap dibina pada tahun 1983 di kampung Xiaocha, pekan Yuanzi, kaunti Yuzhong, dan kemudiannya dipindahkan ke Institut Tenaga Asli Gansu. Hingga kini, sejarahnya sudah menjangkau 40 tahun.
Di Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu, letaknya stesen jana kuasa fotovolta yang tertua di China. Loji ini merupakan penjana kuasa solar berkapasiti 10kW yang pertama di negara ini. Siap dibina di kampung Xiaocha di bandar Lanzhou pada tahun 1983, penjana ini kemudiannya dipindahkan ke Institut Penyelidikan Tenaga Asli Gansu. Hingga kini, sejarahnya sudah menjangkau 40 tahun. (China News Network/Liu Wenwen)
Menurut laporan, kampung Xiaocha pada ketika itu antara tempat yang paling miskin di provinsi Gansu. Lokasinya di celah-celah gunung, di ketinggian 2,600 meter, dan keadaan lalu lintas amat buruk. Sebelum 1983, oleh sebab tiada bekalan elektrik, penduduk tempatan bergantung sepenuhnya pada lampu minyak dan lilin. Keadaan berubah pada 1983 apabila stesen jana kuasa fotovolta berkapasiti 10kW pertama di China dibina di sini, sekali gus membekalkan elektrik kepada kediaman 130 keluarga.
Maklum Li Shimin, timbalan pengarah Jawatankuasa Profesional Fotovolta kendalian Persatuan Tenaga Boleh Baharu China, modul fotovolta yang digunakan itu dilengkapi 36 sel bateri silikon 102x102 monohabluran yang output nominalnya direkodkan pada 45 peak watt, dengan kapasiti terpasang 10 ribu peak watt. Dipadankan dengan 200 unit bateri 900 ampere-jam, ia membentuk pek bateri bervoltan DC 200 volt.
Sekarang, loji jana kuasa fotovolta tersebut masih berfungsi dengan stabil meskipun telah mengharungi cuaca teruk di barat laut negara seperti suhu sejuk dan panas serta pasir dan debu yang membadai selama 40 tahun. Ia terus menjana elektrik, mengekalkan paras kuasa 7kW hingga ke hari ini.
“Sejarah perkembangan fotovolta di China jauh melebihi tempoh 40 tahun. Sektor ini baru mengambil langkah pertama ke depan, dan perjalanan masih jauh. Kuasa suria satu topik perbincangan tetap, dan penjanaan kuasa menggunakan teknologi fotovolta sesuatu yang amat penting bagi umat manusia,” ujar Li Shimin.
Profesor Shi Zhengrong dari Universiti Kuasa Elektrik Shanghai pula menyatakan operasi loji fotovolta di Gansu selama 40 tahun lalu mengesahkan bahawa produk fotovolta silikon habluran boleh diyakini kerana sudah pun jauh melampaui tempoh jaminan yang diterima pakai dalam industri iaitu 25 tahun. Modul terbabit bahkan masih boleh dipakai lebih lama.
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- Kekayaan dari Tanah Tandus: “Paya Garam” Terbesar di China
- Wartawan Eurasia Rasai Debaran pada Ketinggian 370 Meter di Guizhou
- Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
- Penjanaan Kuasa Loji Hidroelektrik Baihetan Cecah 100 Bilion kWj
- Stesen Janakuasa Angin Beraltitud Tertinggi China Mula Beroperasi di Tibet
- Bekalan Elektrik dari Xinjiang Cecah 700 Bilion kWh
- Anhui Periksa Pembinaan Stesen Kuasa "Perikanan+Fotovolta"
- Janakuasa Koridor Tenaga Bersih Terbesar Dunia Cecah 1.46 bilion kW/H
- Stesen Janakuasa Simpanan Pam Pertama di Xinjiang
- Projek Janakuasa Angin Beroperasi di 'Bumbung Dunia'
- Loji Rawatan Air Kumbahan Terbesar di Asia Selatan Disiapkan
- Loji Tiga Gaung Jana Lebih 1.6 Trilion kWj dalam 20 Tahun
- Loji "Hibrid Air-Suria" Mula Operasi di Sichuan