- Lain-lain
Muzium China Hasilkan Produk Kreatif, Tarik Pengunjung Muda
Di serata China, lawatan ke muzium telah menjadi popular khususnya dalam kalangan belia. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, pihak muzium kini lebih aktif menghasilkan produk kreatif bagi memaparkan sejarah dan budaya secara lebih segar kepada pengunjung.
Difahamkan, setiap muzium mengambil pendekatan berbeza dalam penghasilan produk kreatif masing-masing.
Foto menunjukkan produk budaya dan kreatif yang diilhamkan oleh ‘malatang’ atau sup pedas, iaitu hidangan jalanan tempatan yang memaparkan campuran sayur-sayuran segar dan daging yang direbus dalam kuah pedas panas, di Muzium Provinsi Gansu di Lanzhou. (Foto daripada pasukan reka bentuk produk budaya dan kreatif Muzium Wilayah Gansu pada platform perkongsian gaya hidup China, Xiaohongshu)
Terletak di Lanzhou, Muzium Provinsi Gansu telah menggunakan elemen-elemen tempatan sebagai idea ‘luar kotak’ dalam menghasilkan produk kreatif dan kebudayaan, termasuk menghasilkan mainan plush yang berbentuk makanan jalanan seperti hidangan ‘malatang’ atau sup pedas yang sangat popular.
Foto menunjukkan patung kuda gangsa purba di Muzium Provinsi Gansu di Lanzhou, di barat laut China. (Foto dari Muzium Wilayah Gansu di Weibo)
Ia juga turut menghasilkan mainan plush kuda yang diinspirasikan daripada patung kuda gangsa purba, yang ditemui daripada makan zaman Dinasti Han Timur. Bagi pengunjung, faktor plush kuda hijau yang dikatakan terlalu hodoh itu juga telah mendorong ia menjadi popular, sekali gus laris dijual.
Foto memaparkan plush yang diinspirasikan oleh patung kuda gangsa purba di Muzium Provinsi Gansu, di Lanzhou. (Foto dari Laman Rasmi Muzium Provinsi Gansu)
Sementara itu, beberapa muzium lain pula memfokuskan idea penggabungan antara budaya tradisional dan modern. Muzium Istana Beijing telah mengambil imej Maharaja Yongzheng dan membuat sedikit perubahan dengan membuatkan ia mengelip mata sambil mengangkat dua jari (telunjuk dan hantu) atau tanda ‘peace’.
Dalam usaha ini, muzium mengalu-alukan kedatangan golongan muda dengan sikap mesra dan menyeluruh, sementara golongan muda dilihat sebagai daya penggerak penting dalam pemeliharaan dan pembangunan budaya yang inovatif.
Bahagian kiri gambar kombinasi menunjukkan mainan yang diilhamkan oleh patung binatang seramik, manakala bahagian kanan foto pula menunjukkan produk budaya dan kreatif yang diilhamkan oleh Pagoda Angsa Liar Gergasi. Ia dilancarkan oleh Muzium Xi'an di Provinsi Shaanxi, di barat laut China. (Foto dari Muzium Xi'an di Weibo)
Foto menunjukkan produk budaya dan kreatif yang menggambarkan seorang wanita Dinasti Tang (618-907). Ia dilancarkan oleh Muzium Sejarah Shaanxi di Xi'an, barat laut China. (Foto dari kedai di Muzium Sejarah Shaanxi di Weibo)
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Muzium Makam Bawah Tanah Jalan Sutera Purba Dibuka di Xinjiang
- Muzium China Permudah Akses Untuk Pelawat Pada Musim Panas
- Muzium China Terima 1.29 Bilion Pelawat pada 2023
- Pusat Kebudayaan dan Seni Baharu Dibuka di Kawasan Teluk Besar
- Teroka Tinggalan Dinasti Shang di Muzium Yinxu
- Tiga Binaan Budaya di Beijing Dibuka kepada Awam
- Teknologi Tawar Pengalaman Mengasyikkan di Muzium di Tianjin
- Muzium di Xi’an Tumpuan Minat Ramai
- Kunjung Muzim, Trend Kalangan Pemuda China
- Muzium Papar Sejarah Industri Garam Zigong