- Lain-lain
Kunjung Muzim, Trend Kalangan Pemuda China
Orang mengunjungi Muzium Hubei pada 18 April.
Sejak Zhang Jian, ahli perniagaan terkenal pada akhir zaman Dinasti Qing, menubuhkan muzium moden pertama di China iaitu Musuem Nantong, kini ribuan muzium dibuka secara percuma kepada orang ramai di negara ini.
Muzium digital, dokumentari kebudayaan, produk serta ‘meme’ yang bertema... khazanah sejarah dipaparkan dalam teknologi dan bentuk baharu, menggamit kehadiran ramai pemuda ke muzium.
Kunjung Muzium, Trend Kalangan Pemuda
Dalam tempoh cuti Hari Pekerja, Muzium Hubei menjadi destinasi hangat. Ramai pemuda datang untuk melihat pedang yang pernah digunakan oleh Goujian, raja negeri Yue pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (Chunqiu). Statistik Muzium Hubei menunjukkan jumlah pengunjung muzium itu mencatat 110,000 orang dalam tempoh cuti selama lima hari.
Bukan Muzium Hubei sahaja yang menjadi tumpuan minat khalayak. Menurut Biro Pentadbiran Warisan Budaya Negara, seramai 50 juta orang berkunjung ke muzium di seluruh negara dalam tempoh cuti ini, mencipta rekod baharu berbanding tempoh sama tahun-tahun sebelumnya.
Orang muda adalah faktor utama. Tian Xing, seorang mahasiswa tahun ketiga memberitahu, dia datang khusus untuk mengunjungi Muzium Hubei. Katanya, “Tiap kali melawat ke bandar baharu, muzium tempatan selalunya destinasi pertama bagi saya.”
Sejak Muzium Hubei dibuka secara percuma pada akhir tahun 2007, purata pengunjung tiap tahun meningkat kepada dua juta daripada 200,000 dalam tempoh sepuluh tahun. Sejak tahun 2021, lebih 60% daripada pengunjung adalah orang muda di bawah umur 30 tahun. Antaranya yang berumur 18 tahun hingga 24 tahun menduduki 39.96%, jauh lebih daripada kumpulan umur lain.
Menurut Kurator Muzium Hubei, Zhang Xiaoyun, muzium dapat memberikan peluang kepada pemuda untuk memperlahankan langkah, merelakskan diri menambah ilmu pengetahuan dan menghayati budaya tradisional China.
Papar Budaya dan Sejarah dengan Kreativiti
Pada 2020, Muzium Henan melancarkan siri kotak buta bertema arkeologi yang mengandungi model miniatur antik yang ditutupi tanah seperti yang sebenar. Kata Ketua Pusat Pertukaran Peninggalan Budaya China, Tan Ping, banyak muzium cuba menggabungkan unsur tradisional dan unsur moden dalam memaparkan budaya dan sejarah. Muzium Istana (Kota Larangan) juga melancarkan ‘meme’ bertema maharaja Dinasti Qing yang kemudian menjadi tular di Internet.
Selain itu, dengan gabungan pelbagai teknologi canggih, kecerdasan buatan menjadi trend perkembangan muzium di China. Muzium semakin bersifat serta sama dan interaktif. Semakin banyak muzium menawarkan pameran dalam talian 24/7 termasuklah Muzium Hubei. Kata ketua pejabat pameran Muzium Hubei, selepas muziumnya melancarkan pameran dalam talian, penonton dapat mengetahui latar belakang dan nilai seni antik melalui pelbagai jenis media dan bukan sekadar pengenalan dalam bentuk teks.
Kotak buta bertema arkeologi.
‘Meme’ bertema maharaja Dinasti Qing.
Dimaklumkan bahawa, Biro Pentadbiran Warisan Budaya Negara telah mengumunkan “Muzium, Kelestarian dan Kesejahteraan” (Museums, Sustainability and Wellbeing) sebagai tema untuk aktiviti Hari Muzium Antarabangsa 2023 di China yang jatuh pada 18 Mei.