- Lain-lain
China Umum Pelarasan Eksport UAV
Kementerian Perdagangan China (MOC) pada Rabu mengumumkan bahawa China telah membuat pelarasan terhadap langkah kawalan eksportnya ke atas kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).
Dalam satu kenyataan, MOC menyebut bahawa pelarasan tersebut meliputi semakan semula piawaian pengurusan untuk komponen penting tertentu UAV, seperti peranti pengimejan terma inframerah dan laser penunjuk sasaran.
Turut difahamkan bahawa peralatan ukuran inersia berketepatan tinggi akan dimasukkan dalam skop kawalan, manakala kawalan sementara pada dron gred pengguna tertentu akan ditarik balik.
Selain itu, pelarasan tersebut turut mengenakan larangan terhadap eksport semua dron awam yang tidak tertakluk kepada kawalan eksport, tetapi digunakan dalam percambahan senjata pemusnah besar-besaran, aktiviti pengganas atau tujuan ketenteraan.
Untuk rekod, pelarasan yang merupakan kemas kini daripada langkah kawalan eksport UAV China yang telah dilaksanakan selama setahun tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 September depan.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami