- Lain-lain
Jualan Kenderaan di China Terus Meningkat
(CRI)Khamis 11 April 2024
Jualan dan pengeluaran kenderaan di China masing-masing mencatat peningkatan sebanyak 6.4 peratus dan 10.6 peratus pada Januari hingga Mac.
Menurut Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), bagi tempoh itu, jumlah pengeluaran kenderaan melonjak kepada 6.606 juta unit, manakala jualan kenderaan direkod mencecah 6.72 juta unit.
Timbalan Setiausaha Agung CAAM Chen Shihua berkata eksport kenderaan lengkap kekal pada tahap tinggi dan terus memainkan peranan positif dalam memacu pertumbuhan industri berkenaan.
Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kenderaan dieksport dicatat 1.324 juta unit dengan peningkatan sebanyak 33.2 peratus, antaranya kenderaan tenaga baharu (NEV) menduduki 307,000 unit, naik 23.8 peratus.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang