99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Jenama Kenderaan Luar Jalan Raya Dari Guangxi Melonjak di Luar Negara

Foto memaparkan bas persiaran di sebuah bengkel pengeluaran Syarikat Automobil Liuzhou Wuling di Liuzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, di selatan China. Bas persiaran akan beroperasi di kawasan pemandangan Tasik Qinghai di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Di Rizab Alam Semula Jadi Tasik Qinghai yang terletak di Provinsi Qinghai, barat laut China, terdapat kelibat bas persiaran yang sedang menghantar pelancong dari satu tempat pemandangan ke satu tempat lain, membolehkan para penumpang menikmati pemandangan di barat laut China di sepanjang perjalanan.

Difahamkan, bas persiaran tersebut telah dihasilkan oleh Syarikat Industri Automobil Liuzhou Wuling milik Kumpulan Automotif Guangxi yang terletak di Liuzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.

Kesemua bas tersebut boleh menggunakan kedua-dua bateri litium atau bahan api, dan mampu diguna pakai dalam pelbagai permukaan dengan mudah, termasuk cerun curam serta jalan jarak jauh.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, bas persiaran, kereta peronda, kereta golf dan kenderaan luar jalan raya lain dari syarikat tersebut telah mendapat pengiktirafan meluas di pasaran. Ia kini digunakan secara meluas dalam pelbagai cara, termasuk pelancongan, sukan, dan pengangkutan logistik.

Para pekerja sedang melaksanakan menghasilkan bas persiaran berasaskan pesanan di bengkel pengeluaran kenderaan luar jalan raya Syarikat Automobil Liuzhou Wuling di Liuzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Pengurus bahagian kenderaan luar jalan raya syarikat itu, He Liangxing berkata, pengeluaran kenderaan persiaran memberi tumpuan terhadap keupayaan penyesuaian dan pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

“Sebagai contoh, kenderaan persiaran untuk Tasik Qinghai perlu memberi tumpuan terhadap fungs kalis angin dan pengekalan haba, manakala kawasan pemandangan Tasik Barat memerlukan reka bentuk retro untuk bahagian luar, dan sesetengah kawasan lain mungkin perlu menambah fungsi pengangkutan kargo,” ujarnya.

Setakat 2002, syarikat kenderaan persiaran tersebut mempunyai lebih daripada 1,000 reka bentuk pemasangan.

Bas persiaran syarikat digunakan secara meluas di tempat tarikan pelancong peringkat 5A negara, dan telah menyumbang lebih 50 peratus daripada jumlah kenderaan pengangkutan yang digunakan. Selain itu, bas tersebut juga telah digunakan dalam pelbagai acara peringkat kebangsaan.

Para pekerja memeriksa kualiti bas persiaran di bengkel pengeluaran kenderaan luar jalan raya Syarikat Automobil Liuzhou Wuling di Liuzhou, Wilayah Autonomi  Guangxi Zhuang, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Misalnya, semasa berlangsungnya Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, hampir 100 bas persiaran yang dihasilkan syarikat tersebut telah digunakan sebagai perkhidmatan ulang-alik 24 jam sehari, melengkapkan lebih 630,000 perjalanan.

Kini, eksport telah menjadi arah tuju baharu kenderaan luar jalan raya keluaran Syarikat Automobil Liuzhou Wuling. Pada awal bulan ini, sebanyak 125 kenderaan persiaran luar jalan raya tiba di Mesir, yang bersedia untuk merentasi muka bumi yang berpasir.

Foto menunjukkan barisan penghasilan kenderaan luar jalan raya di bengkel pengeluaran kenderaan luar jalan raya Syarikat Automobil Liuzhou Wuling di Liuzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

“Sejak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diperkenal, kami terus cuba merpertingkat usaha di pasaran antarabangsa, serta mencari pertumbuhan menerusi dasar terbuka,” Chen Hui, pengarah Pejabat Jawatankuasa Parti merangkap pengarah pengurusan Kumpulan Guangxi Automotif.

Sehingga kini, kenderaan luar jalan raya syarikat itu telah dieksport ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Afrika, Amerika dan kawasan lain. Data menunjukkan bahawa dari Januari hingga Jun 2024, hasil jualan antarabangsa syarikat meningkat sebanyak 101 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan