- Lain-lain
Pengeluaran dan Jualan Automobil China Masing-masing Cecah 30 Juta Unit
China telah mencipta dua rekod baharu berhubung pengeluaran dan jualan automobil pada tahun 2023 yang masing-masing mencecah 30 juta unit. Antaranya, eksport automobil sebanyak 4.91 juta unit dijangka menjadikan China negara pengeksport automobil terbesar di dunia.
Menurut perangkaan yang diumumkan Persatuan Industri Automobil China pada Khamis, jumlah pengeluaran dan jualan automobil pada tahun 2023 masing-masing meningkat 11.6% dan 12% berbanding tahun sebelumnya dengan merekod 30.161 juta dan 30.094 juta unit.
Sebelum ini iaitu pada tahun 2022, China sudah menjadi negara pengeksport automobil kedua terbesar di dunia.
Pada masa kini, kenderaan elektrik bateri (BEV) sudah menjadi titik pertumbuhan penting dalam industri automobil China, dan menyerlah dalam landskap pengeksportan automobil. Jumlah eksport BEV pada tahun 2023 meningkat 77.6% berbanding tahun 2022, mencatat sebanyak 1.203 juta unit. Jenama BYD China menjadi pengeluar BEV yang terbesar di dunia bermula suku tahun keempat 2023.
Kluster industri BEV yang terbentuk di beberapa kawasan utama seperti Delta Sungai Yangtze, Delta Sungai Zhu (Pearl River) dan kawasan Chengdu-Chongqing, melibatkan lebih seribu buah syarikat domestik dan pelaburan asing yang memanfaatkan rantaian industri dan rantaian pembekalan yang strukturnya lengkap dan koordinasinya pantas yang merangkumi bahan asas, alat ganti dan kereta lengkap.
- Dasar Bebas Visa: Kunming Catat Lonjakan Besar Pelancong Asing
- Harapan Penuntut Malaysia di China terhadap Tahun 2024
- Sumbangan China sebagai Enjin Pembangunan Global
- Atas Pembelajaran Bahasa, Tingkat Persahabatan China-Vietnam
- Shenzhen, Bandar yang Capai Keseimbangan antara Pembangunan dan Alam Sekitar
- Eksport Automobil China Catat Rekod Baharu pada Julai
- China Lancarkan Laporan Penyelidikan Paten Asas Standard Industri Automobil yang Pertama
- Eksport Automobil China Melonjak, Catat 149.4 Juta
- Pasaran Automotif China Kekal Mampan dan Baik
- Shanghai Eksport 110,000 Automobil dari Dua Dermaga Utama pada Januari
- Institut Standardisasi Automobil China Ditubuhkan