99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ekspo China-Asia Selatan Dorong Kerjasama Serantau (10)

Ekspo China-Asia Selatan Dorong Kerjasama Serantau

Eskpo China-Asia Selatan yang ke-8 membuka tirainya pada Selasa di Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan, dengan menarik 2,000 pempamer yang hampir separuh daripadanya merupakan syarikat dari bahagian Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Acara yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan tempatan Yunnan selama enam hari itu menampilkan 15 dewan pameran dengan bertemakan teknologi seni bina, pembuatan, tenaga hijau dan pertanian moden.

Buat julung-julung kalinya, satu pavilion yang khusus untuk industri kopi turut diwujudkan, memperlihatkan status Yunnan sebagai penghasil kopi nombor satu negara China, dengan lebih 160 syarikat mempamerkan produk masing-masing di pavlion itu.

Untuk rekod, edisi pertama ekspo itu iaitu pada tahun 2013 telah diadakan di Kuming, iaitu tahun yang sama China melaksanakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Sejak pertama kali diadakan, ekspo itu menerima penyertaan lebih daripada 18,000 syarikat tempatan dan luar, selain turut mempromosi perdagangan bernilai AS$100 bilion, serta membantu pemeteraian lebih 3,000 projek.

Naib Pengerusi Dewan Negara Nepal, Bimala Ghimire turut mengulangi peri penting untuk mengurangkan halangan perdagangan, dan sebaliknya mempromosi perdagangan seimbang.

“Dasar China telah memberi manfaat besar kepada Nepal, dan kami teruja untuk melihat agar kerjasama kedua-dua negara diperdalam,” ujarnya.

Bagi pemain industri, mereka percaya bahawa China dan negara-negara Asia Selatan mempunyai ekonomi kukuh yang saling melengkapi, sekali gus menawarkan prospek kerjasama perniagaan yang luas dalam pelbagai sektor.

Wakil Kementerian Perdagangan China, Wang Liping berkata bahawa syarikat China secara aktif menyertai pembinaan infrastruktur digital di Asia Selatan termasuk pusat data kebangsaan dan kabel optik darat rentas sempadan China-Nepal, memfokuskan pada memupuk bakat digital tempatan dan membantu merapatkan jurang digital.

Timbalan pengarah pusat pengajian Asia Selatan di Universiti Fudan, Lin Minwang berkata produk seperti beras dari Pakistan, teh dari Sri Lanka, makanan laut dari Maldives dan kacang pain Afghanistan telah mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan pengguna China.

"Banyak produk Asia Selatan memenuhi keperluan pasaran China," katanya semasa acara sampingan di ekspo itu.

Data rasmi menunjukkan bahawa volum perdagangan antara China dan negara-negara Asia Selatan mencapai hampir AS$200 bilion pada 2023, iaitu dua kali ganda jumlah yang dicatatkan pada 2013.

Menurut Lin, meskipun kerjasama ekonomi serta perdagangan antara China dan negara-negara Asia Selatan menyaksikan perkembangan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah perdagangan masih ketinggalan berbanding China dan ASEAN, yang mencecah AS$911.7 bilion pada 2023.

"Dengan pasaran lebih 2 bilion populasi, China dan Asia Selatan mempunyai potensi kerjasama yang belum diterokai," katanya.

Video

Berita Berkaitan