- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Pegawai Kanan LDP Jepun
Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi mengadakan pertemuan dengan ketua Majlis Umum Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun Hiroshi Moriyama di Beijing pada Selasa.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC menyatakan kedua-dua pihak perlu mematuhi peruntukan empat dokumen politik, di samping mengukuhkan dialog, meningkatkan persefahaman dan memperkasa kerjasama.
Beliau berkata pelepasan air sisa radioaktif ke laut oleh Jepun berkait rapat dengan kesihatan manusia, persekitaran marin dan kepentingan awam antarabangsa.
Tugas yang paling mendesak dewasa ini adalah membina mekanisme pemantauan antarabangsa jangka panjang bagi memastikan penyertaan pihak-pihak berkepentingan termasuk China secara komprehensif dan efektif.
Menyentuh isu Taiwan, Wang menggesa supaya pihak Jepun mematuhi semangat empat dokumen politik, berbicara dan bertindak berhati-hati dalam isu berkenaan dan memastikan asas hubungan China-Jepun tidak terjejas.
Moriyama pula berkata pihaknya bersedia mewariskan dan menyemarakkan tradisi bersahabat yang dipupuk oleh ahli politik generasi dahulu, terus mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dengan China serta menggalakkan perkembangan berterusan hubungan strategik yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.
- Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18 Diadakan di Jakarta
- PM Li Bakal Hadiri Persidangan Pemimpin Kerjasama Asia Timur
- Mesyuarat Gabenor Bank Pusat China, Jepun dan Korea Selatan Diadakan di Yokohama
- Wang Yi Dijadual Hadir Siri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur
- China Seru Kerjasama dengan Jepun dan Korea Selatan Dirapatkan Semula
- China, Kazakhstan Komited Tingkatkan Kerjasama
- Xi Jinping Bertemu dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol
- PM Li Seru Bersinergi Pacu Kemakmuran Asia Timur
- Li Keqiang Bertemu dengan PM Australia
- Li Keqiang Tiba di Phnom Penh