- Lain-lain
China, Kazakhstan Komited Tingkatkan Kerjasama
Perdana Menteri China Li Keqiang berkata, China bersedia memperkukuh hubungan dengan Kazakhstan bagi memelihara serantau yang damai, stabil dan berkembang.
Semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Alikhan Smailov menerusi pautan video pada Selasa, Li menzahirkan harapan agar kedua-dua pihak melaksanakan pelan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kerajaan, memperhebat kesalinghubungan dan meningkatkan jumlah penghantaran kargo melalui pintu sempadan, bagi menggalakkan peningkatan perdagangan dua hala yang berterusan.
Li turut menyifatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga sebagai telapak bagi kerjasama substantif antara kedua-dua negara.
“China harap Kazakhstan menjamin bekalan gas yang stabil ke China mengikut kontrak, malah meningkatkan bekalan gasnya sebanyak mungkin pada musim sejuk ini.
“China bersedia mengimport lebih banyak hasil pertanian hijau dan produk ternakan mesra alam yang berkualiti tinggi dari Kazakhstan.
“Kedua-dua negara boleh meneroka kerjasama dalam bidang baharu yang melibatkan kewangan dan e-dagang rentas sempadan, selain meningkatkan pertukaran sosiobudaya dan memajukan rundingan mengenai pengecualian visa,” kata Li.
Smailov pula berkata, pihaknya menumpu kepada hubungan dengan China dan bersedia mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik Kazakhstan-China untuk memperkasa komunikasi dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kapasiti industri, sumber tenaga, pertanian, kesalinghubungan dan pertukaran sosiobudaya bagi mendorong perkembangan berterusan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.
- Xi Tahniah Tokayev Kekal sebagai Presiden Kazakhstan
- Xi Jinping Bertemu dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol
- PM Li Seru Bersinergi Pacu Kemakmuran Asia Timur
- Li Keqiang Bertemu dengan PM Australia
- PM Li: Galakkan Persahabatan China-Kemboja dan Kerjasama Asia Timur
- Xi Mula Lawatan ke Kazakhstan
- Lawatan Xi Perlihat Taraf Tinggi Hubungan China-Kazakhstan
- Hubungan China, Kazakhstan Terus Utuh