- Lain-lain
Laluan Udara Rangsang Perdagangan Luar di Provinsi Bergunung China
Sebuah pesawat kargo mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa di Guiyang, provinsi Guizhou, barat daya China pada 13 Julai 2024. (Foto/Xinhua) |
Jumlah laluan kargo udara antarabangsa yang menghubungkan provinsi Guizhou di barat daya China kini bertambah menjadi empat setelah pelancaran laluan baharu yang menghubungkan Guiyang dan Moscow pada awal bulan ini.
Pertambahan laluan tersebut secara tidak langsung menjadikan laluan udara yang lebih cekap dan mudah bagi tujuan perdagangan.
Untuk rekod, Guizhou terkenal dengan landskapnya yang bergunung di China itu dilihat sebagai cabaran bagi pengangkutan rel dan darat, sekali gus menyaksikan keperluannya untuk mempunyai laluan udara.
Zon Ekonomi Lapangan Terbang Guizhou Shuanglong bersama-sama dengan Lapangan Terbang Guiyang Longdongbao sebagai tunjangnya itu telah dibina pada 2014.
Selain daripada laluan yang baharu dibuka itu, ia juga mengoperasikan tiga laluan kargo udara lain yang menghubungkan ibu kota provinsi tersebut iaitu Kolkata dan Delhi di India, serta Karachi di Pakistan.
Dimuatkan dengan produk makanan laut Rusia seperti ketam salji, ketam raja dan landak laut, pesawat kargo IL-76 itu berlepas dari Moscow ke Guiyang pada 13 Julai lalu, dan kembali ke Rusia dengan 40 tan barangan China yang amnya terdiri daripada barangan elektronik.
Laluan tersebut ketika ini disesuaikan dengan pasaran. Namun, pihak pengendali memaklumkan bahawa jumlah penerbangan akan menjadi lebih kerap menjelang September sekiranya ia diterima baik.
Difahamkan, pertambahan kekerapan itu akan mendorong jumlah perdangangan tahunan import dan eksport Guizhou sehingga RMB3 bilion (sekitar AS$420.7 juta) dengan truput kargo sekitar 15,000 tan.
Menurut Su Bowenhao, wakil Syarikat Pengurusan Rantaian Bekalan First Catch Guizhou, laluan udara baharu itu berjaya memendekkan masa penghantaran kepada 12 ke 13 jam berbanding 60 ke 70 jam jika menggunakan laluan laut dan rel.
Jelasnya, syarikat tersebut juga dalam perancangan untuk membuka laluan baharu ke Norway pada separuh kedua tahun ini, dengan sasaran untuk mengimport ikan salmon dan mengeksport barangan China yang dijual menerusi platform e-dagang.
Memetik data rasmi, setakat 9 Julai, tiga lagi laluan lain telah mengoperasikan 156 penerbangan, dan menghantar sejumlah 1,098 tan barangan eksport bernilai AS$50.81 juta, dan 416 tan barangan import bernilai AS$2.97 juta.
Perusahaan perdagangan asing di Guizhou telah memainkan peranan penting dalam pelancaran laluan kargo, dengan menjamin bekalan dan permintaan pasaran, memohon subsidi kerajaan, dan merunding perjanjian pajakan dengan syarikat penerbangan.
"Dengan laluan baharu ini, kami boleh mengeksport aksesori pakaian, bahagian mesin, komponen elektronik dan komoditi lain ke Asia Selatan, dan mengimport ketam istimewa dari India," said Wu Xiong, pengarah Syarikat Pengurusan Rantaian Bekalan Coconut Elephant Guizhou.
Tambah beliau, syarikatnya juga bercadang untuk membuka laluan kargo udara antarabangsa dari Guiyang ke bandar Ho Chi Minh untuk mengimport udang galah hijau Vietnam dan buah-buahan, serta mengeksport lebih banyak komoditi Guizhou.
Kargo di sebuah gudang di Lapangan Terbang Guiyang Longdongbao di Guiyang, provinsi Guizhou, barat daya China pada 13 Julai 2024. (Foto/Xinhua) |
- Laluan Penerbangan Penumpang yang Baharu untuk Hubungkan Nanjing, KL
- Penerbangan Awam China Catat Rekod Baharu Suku Pertama 2024
- China Eastern Rasmikan Penerbangan Kunming-KL
- Jumlah Penumpang Penerbangan Awam Naik 44.6%
- Penerbangan Pengangkutan Penumpang Antarabangsa China Pulih 62.8% Berbanding Sebelum Pandemik
- CAAC Tambah Penerbangan Terus China-AS
- Perkhidmatan Penerbangan Antarabangsa Terus Pulih: CAAC
- Penerbangan Antarabangsa China Pulih dengan Teratur
- Hainan Pelopor, Kekal, Jaga 'Jalan Sutera udara', Sumbang kepada Pertukaran Antarabangsa
- Penerbangan Nanning-Bandar Seri Begawan Pulih