- Lain-lain
Penerbangan Awam China Catat Rekod Baharu Suku Pertama 2024
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) mengumumkan bahawa sektor penerbangan awam China berjaya mencatat rekod baharu untuk suku pertama 2024 dari sudut jumlah penumpang dan kargo.
Menurut data yang dikeluarkan pada Selasa oleh agensi kerajaan itu, jumlah penumpang untuk suku pertama tahun ini telah mencapai sekitar 180 juta, iaitu meningkat 37 peratus tahun ke tahun. Angka ini bertambah sebanyak 10 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2019.
Manakala, pengangkutan kargo pula telah mencapai 2.01 juta tan, sekali gus menyaksikan lonjakan 34.4 peratus tahun ke tahun, juga pertambahan sebanyak 19.6 peratus berbanding tempoh sama tahun 2019.
Pada Mac, sebanyak 54.73 juta penumpang dicatatkan, iaitu melonjak 25.7 peratus tahun ke tahun, sementara pengangkutan kargo merekodkan kenaikan 28.2 peratus kepada 708,000 tan.