- Lain-lain
Genap Umur Setahun, Anak Panda Dirai Besar-besaran di Guangzhou
Satu sambutan besar-besaran diadakan pada Khamis bagi meraikan seekor anak panda betina yang genap berumur sebulan di taman safari di Guangzhou, provinsi Guandong.
Anak panda itu dilahirkan oleh satu-satunya panda gergasi kembar tiga tertua di dunia, iaitu Mengmeng. Difahamkan, panda gergasi itu selamat melahirkan anaknya di Taman Safari Chimelong Guangzhou pada 18 Jun selepas mengandung selama 128 hari.
Memetik kenyataan pihak konservasi taman itu, anak panda tersebut telah membesar dengan berat 1.23 kilogram setakat Khamis berbanding 178 gram ketika dilahirkan, sekali gus memperlihatkan keadaannya yang sihat.
Untuk rekod, taman tersebut telah mengadakan sambutan tradisional Kanton, iaitu memberikan telur merah kepada pengunjung sebagai tanda keraian dan nasib baik.
Mengikut cerita rakyat China, telur merah dianggap bertuah dan melambangkan rahmat, kebahagiaan, dan keamanan. Telur jenis itu sering diberikan semasa bersalin atau selepas bulan pertama bayi sebagai rahmat daripada rakan dan keluarga untuk kedamaian, kebahagiaan, dan kemakmuran seumur hidup.
Taman itu juga akan menganjurkan majlis pada penghujung Julai untuk meraikan ulang tahun ke-10 kembar tiga panda gergasi Mengmeng, Shuaishuai, dan Kuku.
- China, Austria Meterai Perjanjian Kerjasama Panda Gergasi Baharu
- China Lepaskan Panda Kurungan, Rangsang Populasi Liar
- China Janji Pinjam Sepasang Lagi Panda kepada Australia
- Kumpulan Peminat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Panda "Xiangxiang"
- Chengdu Perkenal Kereta Api Bertemakan Panda
- Panda Gergasi Fu Bao Pulang dari Korea Selatan
- Kempen Perlindungan Panda Gergasi dan Monyet Berbulu Emas Dilancarkan
- Tanam Buluh untuk Sang Panda dalam Kesejukan Finland
- Anak Panda Tampil Berkumpulan di Sichuan
- Jumlah Panda Liar China Meningkat ke Hampir 1,900 Ekor