99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Ditemui PM Hungary (2)

(CRI)Selasa 09 Julai 2024
Xi Ditemui PM Hungary

China dan Hungary diharap mempertahankan pertukaran lawatan di peringkat tinggi, terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mempergiat pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan menambah elemen baharu ke dalam Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Hungary, Orban Viktor di Beijing pagi tadi.

Xi berkata, penaiktarafan hubungan China-Hungary sebagai Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa yang diumumkan pada dua bulan yang lalu akan menjadi pemangkin kepada perkembangan hubungan bilateral. Kolaborasi antara satu sama lain akan mendapat peluang dan penggerak yang baharu selepas berlangsungnya Sidang Pleno ke-3 Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-20 pada minggu depan yang menumpukan kepada perbincangan tentang usaha memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan, memacu pembangunan yang berkualiti dan peningkatan tahap keterbukaan.

Xi juga mengucapkan tahniah kepada Hungary yang baru menjadi negara bergilir Kesatuan Eropah (EU). Tegas beliau, kedua-dua pihak China dan EU tidak mempunyai percanggahan geopolitik dan konflik yang terkait dengan kepentingan teras. Hungary dinanti-nantikan giat memainkan peranannya dalam mendorong perkembangan hubungan antara China dengan EU serta merancakkan interaksti yang kondusif.

Sementara itu, Orban Viktor menyatakan bahawa pihaknya bersedia memperkasakan kolaborasi dengan China, menentang gerak-geri 'pakatan kecil' dan konfrontasi antara kem, dan giat mendorong perkembangan hubungan China-EU ke arah yang sihat, dengan memanfaatkan kesempatan ketika menjawat jawatan sebagai negara pengerusi bergilir blok itu.

Video

Berita Berkaitan