- Lain-lain
Hubungan China, Hungary Ditingkatkan ke Tahap Baharu
Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Hungary Viktor Orban di Budapest pada Khamis, dan mengumumkan keputusan untuk menaikkan hubungan kedua-dua negara ke tahap perkongsian strategik komprehensif dalam apa jua keadaan cuaca bagi era baharu.
Xi berkata, hubungan antara China dan Hungary kini berada pada tempoh terbaik dalam sejarah. Perkongsian strategik komprehensif China-Hungary mengekalkan perkembangan pada tahap tinggi, sementara rasa kesalingpercayaan politik kedua-dua negara semakin diperkukuh, dan kerjasama membuahkan hasil yang menggalakkan dalam pelbagai bidang.
Beliau menyatakan bahawa pembinaan modenisasi ala China pasti akan memberi lebih banyak peluang kepada pelbagai negara termasuk Hungary, dan Hungary dialu-alukan untuk menjadi rakan China dalam perjalanannya mewujudkan modenisasi.
Xi menekankan bahawa Eropah merupakan polar penting dalam dunia multipolar dan juga rakan penting China ke arah mewujudkan modenisasi.
Xi menzahirkan harapan agar Hungary, sebagai pengerusi Kesatuan Eropah (EU) pada separuh kedua tahun ini, akan memainkan peranan positif untuk mendorong hubungan China-EU berkembang sihat dan mantap.
"Kerjasama antara China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEEC) mempunyai daya penggerak dalaman yang kuat. Hungary diharap terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan kerjasama China-CEEC agar memberikan limpahan manfaat kepada rakyat negara-negara berkaitan," ujar Xi.
Orban dalam rundingan itu berkata beliau amat gembira melihat perkembangan hubungan kedua-dua negara.
Beliau menganggap lawatan Xi ke negaranya kali ini sebagai memperlihatkan persahabatan kukuh dan potensi besar dua negara, dan bererti signifikan buat Hungary dan hubungan kedua-dua negara.
Beliau berkata Hungary tidak akan melupakan sokongan China yang tepat pada masanya ketika negara itu mendepani kesukaran.
Beliau menegaskan bahawa Hungary akan kekal sebagai sahabat sejati China dan menyokong China dalam melindungi kepentingan teras dan hak yang sahnya.
"Pembangunan China adalah peluang, bukanlah risiko bagi Eropah.
"Hungary bersedia untuk memperkasakan komunikasi dan kerjasama dengan China untuk bersama-sama melindungi keamanan dan kestabilan dunia," kata Orban.
- China, Hungary Jadi Rakan Strategik Komprehensif Segala Cuaca Zaman Baharu
- Presiden China, Hungary Adakan Perbincangan
- Xi Temui Rakan Sejawatnya dari Hungary
- Sesi Pertukaran Kemanusiaan China-Hungary Diadakan di Budapest
- "Classic Quotes by Xi Jinping" Disiarkan di Hungary
- Ikatan China-Hungary Semakin Erat, Belia Rapatkan Hubungan Budaya
- Dekati Budapest, Rasai Keindahan “Mutiara Danube”
- Xi Tiba di Budapest
- Memangkin Hubungan China-Hungary Berkembang Mengikut Landasan Cepat
- Sekolah Dwibahasa Rapatkan Rasa Persahabatan Rakykat China, Hungary