99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tangkap, Heret Pembelot "Kemerdekaan Taiwan" ke Muka Pengadilan

(CRI)Jumaat 21 Jun 2024

Mahkamah Negara China bersama dengan Jabatan Pendakwa Raya Negara, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Keamanan Wilayah dan Kementerian Kehakiman semalam mengeluarkan "cadangan mengenai menangkap dan mengheret pembelot 'kemerdekaan Taiwan' ke muka pengadilan atas dakwaan jenayah memisahkan dan menghasut memisahkan negara" yang turut berkuatkuasa bermula hari yang sama.

Cadangan tersebut selaras dengan pemikiran Xi Jinping dalam bidang pentadbiran dan perundangan dan juga bertepatan dengan strategi penyelesaian isu Taiwan pada zaman baharu.

Peraturan konkrit tentang pentafsiran terhadap jenayah memishkan atau menghasut memisahkan negara, kriteria menetapkan hukuman dan prosedur operasi standard (SOP), beserta garis panduan tentang memfailkan dakwaan mengenai "kemerdekaan Taiwan melalui penggubalan undang-undang", "mengejar kemerdekaan Taiwan atas bantuan luar" dan "mengejar kemerdekaan Taiwan secara kekerasan", adalah termaktub dalam cadangan tersebut, yang penggubalannya berdasarkan rujukan dari "undang-undang anti pemisahan negara", "undang-undang jenayah China" dan "undang-undang pendakwaan jenayah China".

Menurut cadangan tersebut, mahkamah, jabatan pendakwa, badan keselamatan awam, badan keamanan wilayah dan badan pentadbiran kehakiman sudah diberi mandat rakyat untuk menangkap dan mengherat pembelot 'kemerdekaan Taiwan' ke muka pengadilan, demi perlindungan kedaulatan dan penyatuan tanah air serta keutuhan wilayah.

Video

Berita Berkaitan