- Lain-lain
Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa, Jika Berani Pisahkan Taiwan dari China
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, bagi sesiapa pun yang berani memisahkan Taiwan dari wilayah China.
Menteri Pertahanan China, Dong Jun menekankan demikian semasa menyampaikan ucaptama mengenai “konsep China tentang keselamatan sejagat” dalam Sidang Dialog Shangri-La di Singapura hari ini.
Dong menyatakan bahawa isu Taiwan merupakan yang paling diutamakan dalam kepentingan teras China, sedangkan prinsip satu-China sudah dijadikan norma asas dalam hubungan antarabangsa yang diiktiraf umum sejak sekian lama. Sekarang persoalannya ialah Parti Progresif Demokratik (DPP) sebagai pihak berkuasa Taiwan asyik menggerakkan “kemerdekaan Taiwan secara selangkah demi selangkah”, berdegil memperkenalkan “De-Sinicization”, berniat memutuskan perhubungan antara kedua-dua pantai selat Taiwan dari segi sosial, sejarah dan kebudayaan, dan secara gila-gilaan menguar-uarkan dakwaan tentang hal-hal pemisahan. Kesemua ini pasti akan tercatat sebagai detik hitam dalam sejarah bangsa China.
Beliau menambah, kuasa luaran yang mencampuri urusan Taiwan beransur-ansur mengosongkan isi kandungan prinsip satu-China, mereka-reka gubalan akta melibatkan Taiwan, tidak berhenti dalam menjual senjata kepada Taiwan, dan mengekalkan lawatan rasmi antara satu sama lain, dengan tujuan sebenarnya untuk menyokong “kemerdekaan Taiwan” dan berniat mengekang China melalui isu Taiwan sehingga pulau itu sedang menghadapi risiko terjebak dalam perangkap yang berbahaya.
Dong menekankan bahawa menangani urusan melibatkan Taiwan di sisi undang-undang merupakan sebahagian pentadbiran dalaman China, yang tidak boleh dicampuri kuasa luaran. China sentiasa komited menyatukan tanah air secara damai, namun komitmen itu sudah terjejas akibat sabotaj yang digerakkan pembelot “kemerdekaan Taiwan” dan kuasa luaran, sehingga risiko tentang perpecahan negara kekal wujud.
Dong menyatakan, Tentera Pembebasan Rakyat China sentiasa merupakan tenaga kuat untuk memelihara penyatuan tanah air, dan akan mengambil tindakan yang tegas dan pantas dengan serta merta apabila diarahkan menghalang “kemerdekaan Taiwan” dan memadamkan sebarang plot yang berkaitan.
- China Bantah Ucapan Salah Segelintir Negara Melibatkan Isu Taiwan
- Prinsip Satu China Selaras dengan Aspirasi Khalayak Ramai
- WHO Tolak Lagi Cadangan tentang Penglibatan Taiwan sebagai Pemerhati
- AS Digesa Tunaikan Komitmen Tidak Sokong "Kemerdekaan Taiwan"
- Pemimpin Asing Senada Junjung Prinsip Satu China
- PLA Mulakan Latihan Ketenteraan di Sekitar Taiwan
- 'Ucapan 20 Mei' Dibidas Penuh Bahaya
- China Tekad Pertahan Kedaulatan Negara, Integriti Wilayah
- Prinsip Satu China Penyangga Kedamaian Selat Taiwan: Wang Yi
- Kawasan Taiwan Tak Layak Sertai WHA Tanpa Persetujuan Kerajaan Pusat China