- Lain-lain
AS Digesa Tarik Balik Pelan Penjualan Senjata Kepada Taiwan
Penjualan senjata kepada Taiwan oleh Amerika Syarikat (AS) mencabuli kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, selain menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan.
China menggesa Washington menaati prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, segera menarik balik pelan penjualan tersebut, menghentikan segala tindakan menambah kekuatan ketenteraan Taiwan, memelihara hubungan ketenteraan China-AS dengan langkah pragmatik.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Zhang Xiaogang dalam sidang akhbar baru-baru ini.
Menurut laporan, Jabatan Pertahanan AS meluluskan pelan penjualan senjata bernilai USD300 juta kepada Taiwan baru-baru ini, menyediakan peralatan dan komponen pesawat pejuang F-16 dan perkhidmatan berkaitan.
Zhang menegaskan, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) akan memperhebat latihan tentera, demi mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara ini.
- Korea Selatan Digesa Bertindak Wajar dan Teliti dalam Isu Taiwan, LCS
- Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa, Jika Berani Pisahkan Taiwan dari China
- China Bantah Ucapan Salah Segelintir Negara Melibatkan Isu Taiwan
- Prinsip Satu China Selaras dengan Aspirasi Khalayak Ramai
- WHO Tolak Lagi Cadangan tentang Penglibatan Taiwan sebagai Pemerhati
- AS Digesa Tunaikan Komitmen Tidak Sokong "Kemerdekaan Taiwan"
- Pemimpin Asing Senada Junjung Prinsip Satu China
- PLA Mulakan Latihan Ketenteraan di Sekitar Taiwan
- 'Ucapan 20 Mei' Dibidas Penuh Bahaya
- China Tekad Pertahan Kedaulatan Negara, Integriti Wilayah