- Lain-lain
Usahawan China, Australia Diharap Dorong Kerjasama dalam Bidang Lebih Luas - PM Li
Usahawan China dan Australia diharap selain memperdalam kerjasama dalam bidang tradisional, bersama merintis bidang-bidang yang baharu dengan menumpukan kepada landskap industri masa depan termasuk kecerdasan buatan (AI).
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) China-Australia Ke-7 bersama rakan sejawatnya, Anthony Albanese di Perth pada Selasa.
Menurut Li, kedua-dua negara China dan Australia yang boleh saling melengkapi dari segi ekonomi memiliki prospek yang luas dalam memacu kerjasama, dan juga merupakan kuasa penting bagi menstabilkan rantaian pembekalan perindustrian dan merancakkan pertumbuhan ekonomi global.
"China yang berikrar menghalusi pembaharuan secara menyeluruh dan meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institutsi, menanti-nantikan para usahawan menampil merebut peluang dan berganding bahu untuk melimpahkan rezeki dalam pembangunan dan kolaborasi.
Albanese menyatakan kesediaan Canberra bersama Beijing bersikap positif menghadapi masa depan, menebus persamaan dalam menjaga kepentingan masing-masing, bersama-sama menyahut cabaran, memperjuangkan matlamat untuk mencapai situasi menang-menang, serta menyejahterakan rakyat.
- China, Australia Sedia Kukuhkan Hubungan Dua Hala
- China Harap Parlimen Australia Sokong Kerjasama Bilateral
- China Janji Pinjam Sepasang Lagi Panda kepada Australia
- PM Li Mulakan Lawatan di Australia
- Perdagangan Barangan China-Australia Tingkat 4.1% Tahun 2023
- Wang Yi Bertemu PM Australia
- China dan Australia Adakan Dialog Diplomasi dan Strategi
- Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Gabenor Australia David Hurley
- China, Australia Mulakan Jalan Betul bagi Eratkan Hubungan Bilateral - Xi
- PM Australia akan Lawat China