- Lain-lain
China Harap Parlimen Australia Sokong Kerjasama Bilateral
Parlimen Persekutuan Australia diharapkan memberikan sokongan jitu kepada kerjasama praktikal dengan China dari segi jaminan perundangan dan suasana politik.
Demikian kata Perdana Menteri China, Li Qiang ketika menemui Presiden Senat Australia Sue Lines, dan Speaker Dewan Perwakilan Milton Dick di Canberra Australia pada pagi tadi.
Li Qiang menegaskan peri pentingnya pengukuhan saluran komunikasi dan dialog antara China dan Australia untuk meningkatkan persefahaman bagi menghilangkan rasa syak wasangka.
“China menyokong jabatan perundangan kedua-dua negara mengukuhkan pertukaran, dan mengalu-alukan ahli-ahli Parlimen Persekutuan Australia meningkatkan kekerapan melawat China supaya dapat mengambil tahu tentang perubahan terkini dalam pembangunan China malah memainkan peranan positif dalam membantu kedua-dua pihak saling mengenali hati budi masing-masing,” kata beliau.
Sue Lines dan Milton Dick pula gembira melihat trend perkembangan hubungan Australia-China yang mantap, dan menyatakan Parlimen Persekutuan Australia bersedia mengukuhkan dialog dan komunikasi dengan China untuk menggalakkan perkembangan berterusan hubungan Australia-China demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
- China Janji Pinjam Sepasang Lagi Panda kepada Australia
- PM Li Mulakan Lawatan di Australia
- Perdagangan Barangan China-Australia Tingkat 4.1% Tahun 2023
- Wang Yi Bertemu PM Australia
- China dan Australia Adakan Dialog Diplomasi dan Strategi
- Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Gabenor Australia David Hurley
- China, Australia Mulakan Jalan Betul bagi Eratkan Hubungan Bilateral - Xi
- PM Australia akan Lawat China
- China, Australia Sama Untung Selesaikan Isu Perdagangan Barli
- China Mahu Bersama Australia Bawa Ikatan Bilateral Kembali ke Landasan Betul