- Lain-lain
Chengdu Perkenal Kereta Api Bertemakan Panda (2)
Elemen panda gergasi boleh didapati di segenap ruang dalam kereta api pelancong. (People’s Daily Online/Guo Ying) |
Sebuah kereta api pelancong yang bertemakan panda membuat kemunculan sulungnya di Chengdu, Provinsi Sichuan, dan memulakan perjalanannya dari Stesen Kereta Api Barat Chengdu pada 18 April, sekali gus memberi peluang kepada pelancong untuk menerokai pelbagai tempat dengan pemandangan cantik bak lukisan di Sichuan.
Kereta api pelancong itu menggabungkan persiaran dengan perjalanan kereta api, secara tidak langsung memudahkan dan memenuhi pelbagai keperluan pelancong menerusi gabungan transit berkelajuan tinggi, penerokaan masa lapang dan pelbagai pilihan destinasi.
Sambil menyerlahkan permata mahkota Sichuan dan Chengdu iaitu panda gergasi, kereta api baharu tersebut menyediakan pelbagai kemudahan untuk perjalanan yang selesa.
Diperkenalkan pada 2021, projek pelancongan kereta api panda menampilkan perjalanan yang mudah dari Chengdu ke pelbagai destinasi di Sichuan seperti Emei, Xichang dan Panzhihua, serta di luar Sichuan termasuk Guizhou, Xinjiang, Gansu dan Yunnan.
Kereta api panda itu juga menampilkan skema warna yang diilhamkan daripada seni arca gangsa Saxingdui, menggabungkan elemen ikonik Sichuan seperti budaya Shu purba dan panda gergasi.
Ia juga berfungsi sebagai simbol pengangkutan untuk mempamerkan budaya Sichuan, membolehkan pelancong mengalami pesona unik rantau tersebut semasa menikmati perjalanan yang mengasyikkan.
Menurut wakil Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan provinsi Sichuan, pembangunan projek kereta api pelancong premium tambahan kini sedang dipercepatkan, yang berobjektif untuk mewujudkan sistem produk pelancongan komprehensif, merangkumi kedua-dua kereta api pelancong mewah dan mesra bajet.
- Panda Gergasi Fu Bao Pulang dari Korea Selatan
- Kempen Perlindungan Panda Gergasi dan Monyet Berbulu Emas Dilancarkan
- Tanam Buluh untuk Sang Panda dalam Kesejukan Finland
- Anak Panda Tampil Berkumpulan di Sichuan
- Jumlah Panda Liar China Meningkat ke Hampir 1,900 Ekor
- Panda Gergasi Meng Xiang dan Meng Yuan Selamat Kembali ke China dari Jerman
- Anak-anak Panda “Baru Dapat Kaki”
- China Pergiat Usaha Pembangunan Taman Negara
- Panda Xiang Xiang Jumpa Orang Ramai di Ya’an
- Anak Panda Yi Yi, Sheng Yi Dihantar Pulang ke China Hari Ini