99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Pergiat Usaha Pembangunan Taman Negara

(CRI)Jumaat 13 Oktober 2023

Pembangunan taman negara di China mencapai hasil menggalakkan sejak usaha berkenaan mulai dilakukan pada dua tahun lepas.

Taman Negara Panda Gergasi antara kumpulan pertama taman negara yang ditubuhkan pada Oktober 2021.

Sebagai kawasan penting di taman itu, koridor Gunung Niba dibina untuk menghubungkan habitat kelompok panda liar yang berbeza.

"Pembinaan koridor Gunung Niba bertujuan memudahkan pergerakan panda di kawasan pergunungan Daxiangling supaya dapat berinteraksi dengan panda di gunung Qionglai."

"Dengan itu, panda gergasi yang berasal dari dua gunung itu dapat membiak generasi baharu dan kelompok panda di gunung Daxiangling dapat dikekalkan," kata pegawai taman berkenaan yang bertugas di kaunti Yingjing, Fu Mingxia.

Difahamkan, China akan mencalonkan 49 kawasan untuk membina taman negara dengan keluasannya kira-kira 1.1 juta kilometer persegi, antaranya 990,000 kilometer persegi di darat dan 110,000 kilometer persegi di laut.

Selepas projek berkenaan disiapkan, ia bakal mewujudkan kawasan perlindungan taman negara yang paling luas di dunia.

Laman sesawang alam sekitar Amerika Syarikat (AS) 'Earth.com' dalam artikelnya berkata, penubuhan sistem taman negara telah memperincikan tanggungjawab dan hak bagi badan pengurusan pelbagai taman negara di China.

Artikel itu berbunyi, Negara Tembok Besar komited mengamalkan konsep pembangunan hijau dan tamadun ekologi bagi mewujudkan matlamat kepelbagaian biologi global pasca 2020.

Video

Berita Berkaitan