- Lain-lain
Peminat Harry Potter Teruja Naiki Platform 9? di Beijing (3)
Kemunculan Platform 9?, adegan yang digemari daripada siri ikonik Harry Potter secara ‘magik’ di sebuah stesen di kereta api bawah tanah Beijing pada Selasa menyaksikan para peminat berpusu-pusu merakamkan detik itu dengan telefon masing-masing.
Menurut Beijing Daily, paparan platform unik itu telah disediakan di Pintu Timur Stesen Universiti Peking di Laluan 4. Platform itu dihiasi dengan poster gaya bata merah yang membalut setiap tiang di lorong tengah. Terletak di hadapan dua tiang tengah adalah sebuah troli bagasi yang kelihatan "hilang" ke dinding, sekali gus mengingatkan adegan dari filem itu.
Troli itu turut dimuatkan dengan tiga beg pakaian berwarna merah dan sebuah bakul yang diisi dengan skrol kuning, secara tidak langsung membangkitkan rasa nostalgia dan magis di seluruh stesen kereta api bawah tanah.
"Di mata orang biasa, platform ini mungkin kelihatan seperti dinding sahaja, tetapi bagi ‘ahli sihir’ sejati, ia adalah pintu gerbang ke Platform 9? di mana Hogwarts Express sedang menunggu," jelas seorang peminat filem tersebut iaitu Chen.
Dengan penuh keterujaan, dia yang turut berkongsi cerita itu dengan kawan-kawannya juga memberitahu bahawa dia menemui tempat ajaib itu melalui media sosial.
Chen berkata, dia yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya itu terus segera membuat rancangan untuk melawat tempat itu bersama rakan-rakannya.
Di situ, selain orang ramai yang datang untuk merakam momen dengan kamera masing-masing, ruang di dalam koc stesen juga sibuk dengan jurugambar dan individu muda yang memakai jubah sihir dan rambut palsu.
Kereta api bawah tanah Beijing Laluan 4 telah memperkenalkan kereta api bertema Harry Potter, dihiasi dengan poster dan hiasan yang mempesonakan yang diilhamkan oleh siri kegemaran ramai tersebut.
Dari Quidditch hingga burung hantu, para penumpang seolah-olah dibawa ke dalam dunia ajaib Hogwarts.
"Semasa saya menaiki kereta api ini, saya tidak boleh nafikan bahawa saya berasa sedang dibawa ke sekolah sihir itu dalam mimpi saya!" seru ramai peminat yang teruja.
Sebagai langkah berhati-hati berikutan jumlah orang yang ramai, garis amaran dan pelbagai tanda telah diletakkan di sekeliling dinding hiasan untuk memastikan keselamatan penumpang.
- Perpustakaan Lebih Pintar Tawar Pengetahuan Lebih Luas
- Jom Ke China | Beijing, Tempat Temu Kuno dan Moden
- Salji Turun Menghampari Beijing
- Panorama Tembok Besar Berselimut Salji
- Siri Aktiviti Waktu Malam Dilancarkan di Beijing
- Pembinaan "Jalan Lingkaran Keenam Timur Bawah Tanah" Beijing Dipercepat
- Beijing E-Town Wujudkan Hab Baharu E-Sukan
- Teksi Tanpa Pemandu Mula Khidmat Berbayar di Ibu Negara
- Xi Mahu Beijing Terajui Bidang Sains dan Teknologi
- Organisati Sains dan Teknologi Antarabangsa Mahu Tubuh Pejabat di Beijing