99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pakar Beri Pujian Tinggi Kerjasama Indonesia-China

Indonesia berhasrat untuk mencapai visi “Indonesia Emas 2045", dengan antara misinya adalah untuk menjadi negara maju dan mampan menjelang 2045.

Selari dengan itu, pakar-pakar turut memberikan pujian terhadap peranan China dalam membantu Indonesia mencapai visinya, dengan kerjasama antara kedua-dua negara berkembang pesat.

Sejak sedekad lalu, Indonesia dan China telah menjalankan kerjasama yang produktif dalam pelbagai bidang, dengan China telah menjadi rakan dagangan utama Indonesia selama 10 tahun serta merupakan sumber pelaburan utama di negara itu.

Menurut Timbalan Gabenor Kanan Bank Indonesia, Destry Damayanti hubungan dua hala China-Indonesia juga disifatkan sebagai semakin kukuh dari masa ke masa.

“China bukan sahaja rakan dagangan terbesar Indonesia tetapi juga salah satu penyumbang terbesar pelaburan langsung asing,” ujarnya.

Ahli makroekonomi kanan di PT Bank Central Asia, Barra Kukuh Mamia, berkata bahawa pelaburan China memberikan peluang kepada Indonesia untuk mencatatkan pertumbuhan pesat.

Jelasnya, China juga telah menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Indonesia sejak sedekad yang lalu.

“Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi Indonesia sedikit perlahan pada 2023 berbanding tahun sebelumnya disebabkan penurunan harga komoditi, tetapi dari segi jumlah perdagangan import dan eksport, ia sebenarnya berkembang, semuanya hasil daripada China,” kata Barra.

Pada masa sama, kerjasama antara Indonesia dan China terserlah dalam bidang lain seperti infrastruktur.

Kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung, projek utama yang dibina bersama oleh China dan Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), telah menjadi medium pengangkutan kegemaran baharu bagi kebanyakan penduduk tempatan.

Dengan kelajuan sehingga 350 kilometer sejam, kereta api berkelajuan tinggi itu mengurangkan masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung di wilayah Jawa Barat daripada lebih tiga jam kepada sekitar 40 minit sahaja, sekali gus mengubah kehidupan penduduk yang tinggal di sepanjang laluan tersebut.

Timbalan Menteri Kementerian Penyelarasan Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan Indonesia, Septian Hario Seto, berkata kereta api itu telah memberi revolusi terhadap perjalanan antara Jakarta dan Bandung, iaitu mengubahnya daripada perjalanan berasaskan lebuh raya kepada berasaskan kereta api.

"Saya yakin pada masa hadapan, corak mobiliti kami akan berubah daripada pengangkutan individu kepada pendekatan yang lebih berorientasikan pengangkutan massa. Itulah sebabnya kami tidak sabar-sabar untuk melanjutkan kerjasama dengan China," kata Seto.

Veronika Saraswati, pakar dan penyelidik China di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa yang terkemuka di Indonesia, berkata Indonesia adalah salah satu penerima manfaat terbesar BRI.

Beliau berkata, projek infrastruktur yang dijalankan oleh syarikat Indonesia dan China di bawah kerangka BRI akan mengubah industri tradisional Indonesia dan meningkatkan hasil fiskal negara dan tempatan.

Tambah Saraswati, berbanding negara Barat yang menganggap pihak lain sebagai pesaing, China secara aktif membangunkan perkongsian kolaboratif dan saling mempercayai dengan negara di sepanjang Laluan Sutera melalui BRI.

Teguh Dartanto, Dekan Pusat Pengajian Ekonomi di Universiti Indonesia berpendapat bahawa masyarakat Indonesia mempunyai lebih banyak harapan untuk kerjasama yang saling menguntungkan dengan China pada masa depan.

"Pada masa hadapan, kami perlu menjadikan kerjasama supaya lebih bermanfaat untuk kedua-dua pihak.

“Kami memerlukan hubungan yang lebih untuk peringkat seterusnya, iaitu kami bukan sahaja menumpukan terhadap pengeluaran, perniagaan dan perdagangan, tetapi juga pada kerjasama orang-ke-orang, R&D serta mungkin pemindahan teknologi dan pengetahuan,” katanya.

Christine Susanna Tjhin, Pengarah Komunikasi Strategik dan Penyelidikan di Institut Gentala, pula menyatakan bahawa China sedang membangun dengan pesat dalam industri hijau yang diwakili oleh kenderaan elektrik (EV).

"Indonesia sedang aktif dalam pembangunan kemudahan pengeluaran EV dan bateri bagi mewujudkan industri hiliran bagi bekalan nikel negara yang kaya. Saya berharap kedua-dua negara kita dapat mempererat lagi kerjasama dalam bidang ini," ujarnya.

Video

Berita Berkaitan