99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Li Qiang dan Jokowi Adakan Rundingan

(CRI)Ahad 10 September 2023
Li Qiang dan Jokowi Adakan Rundingan

Perdana Menteri China, Li Qiang dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengadakan rundingan di Jakarta Jumaat lalu.

Li terlebih dahulu menyampaikan salam mesra dari Presiden Xi Jinping kepada Jokowi.

Li menyatakan bahawa China bersedia bersama dengan Indonesia terus memupuk rasa saling percaya dari segi strategi, memperhebat sokongan dalam isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing. Kedua-dua pihak diharap terus memperluas kerjasama, memperincikan persiapan untuk memastikan pengoperasian laluan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung dimulakan dengan lancar, berusaha membangunkan "koridor ekonomi bersepadu serantau" dan "dua negara dua taman" menjadi projek ikonik yang baharu di bawah kerangka pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan laluan (BRI). Serentak itu, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) diharap dilaksanakan berdasarkan kecekapan tinggi, dan "enjin baharu" dapat dipasang dengan cepat bagi menggerakkan kerjasama dalam bidang pertanian, perubatan & kesihatan dan sosiobudaya.

Jokowi pula meminta Li Qiang menyampaikan salam ikhlas kepada Presiden Xi.

Beliau menyatakan bahawa Indonesia mengekalkan prinsip Satu China, bersedia bersama China merancakkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan perikanan, infrastruktur dan sumber tenaga baharu, menggerakkan pelaksanaan projek kerjasama strategik termasuk "dua negara dua taman", dan mendorong hubungan dua hala berkembang ke tahap baharu.

Video

Berita Berkaitan