- Lain-lain
PM China Adakan Lawatan Rasmi ke Indonesia
Atas undangan Pengerusi Bergilir ASEAN iaitu Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri China Li Qiang tiba di sini pada Selasa untuk menghadiri siri mesyuarat pemimpin kerjasama Asia Timur dan turut mengadakan lawatan rasmi.
Menurut Li, lawatan tersebut merupakan lawatannya yang pertama ke negara Asia setelah menjawat jawatan Perdana Menteri China.
Dalam ucapannya, beliau memberitahu bahawa China teguh menyokong kedudukan pusat ASEAN dalam kerjasama serantau, dan bersedia untuk mengadakan pertukaran pandangan yang mendalam dengan semua pihak mengenai isu-isu utama kerjasama serantau.
Tambah Li, China juga mahu memperkukuh perpaduan dan koordinasi, sekali gus mempromosikan kemampuan Asia Timur untuk terus menjadi enjin penting pembangunan global.
"Pada beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah pimpinan strategik Presiden Xi Jinping dan Presiden Joko Widodo, hubungan China dengan Indonesia berkembang pesat, membentuk model bagi negara membangun untuk mengukuhkan diri melalui perpaduan dan membangun bersama."
"China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, merapatkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Indonesia, di samping menyuntik kestabilan dan momentum baharu kepada kerjasama antarabangsa dan serantau." kata beliau.
Semasa Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Asia Timur, Li turut dijadual menghadiri Mesyuarat ke-26 Pemimpin China-ASEAN (10+1), Mesyuarat ke-26 Pemimpin ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan (10+3) dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18.
Dalam tempoh lawatannya ke Indonesia pula, Perdana Menteri itu akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Joko Widodo dan menghadiri aktiviti seperti Forum Lestari Indonesia 2023.
Li kemudianya dijadual untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-18 di India sejurus tamat lawatan di Indonesia.
- Indonesia Rai Ulang Tahun Ke-618 Ketibaan Armada Cheng Ho
- Xi, Jokowi Adakan Pertemuan di Chengdu
- Konglomerat Kopi Indonesia Yakin Potensi Pasaran China
- China, Indonesia Iltizam Bergandingan Menuju Modenisasi
- Pembangunan Berkualiti Cetus Peluang Penting kepada Kerjasama China-Indonesia
- China: ASEAN Masih Keutamaan dalam Diplomasi Negara Jiran
- China, Indonesia Iltizam Maju Bersama
- Kapal Hospital "Bahtera Damai" Balik ke China
- Aroma Kopi Bangkit Nostalgia Bekas Perantau
- China Sedia Bantu Indonesia Tangani Bencana Gempa