- Lain-lain
Buku China Menyerlah dalam Pameran Antarabangsa di Indonesia
Pameran Buku Antarabangsa Indonesia 2023 yang akan berlangsung lima hari telah membuka tirainya di kota Tangerang, wilayah Banten, Indonesia pada Rabu.
Lebih 1,000 buku terbitan China National Sci-Tech Information Import & Export Co., Ltd. yang merangkumi budaya tradisional, sejarah, jagaan kesihatan melalui perubatan tradisional Cina, serta pertanian dan teknologi, menyerlah dalam pameran tersebut.
Semua buku yang terpilih selaras dengan permintaan pasaran Indonesia dan hak ciptanya sesuai untuk kegunaan eksport, dan dianggap dapat membantu pembaca menginsafi China pada zaman kontemporari.
Selain itu, zon bacaan elektronik kendalian syarikat China berperanan memperkenalkan pengalaman dan prestasi dicapai negara Tembok Besar dalam sektor ekonomi dan ekologi.