99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

"Dua Negara Dua Taman" China-Indonesia untuk Manfaat Bersama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 15 Ogos 2023

"Dua negara, dua taman" ialah hasil kerjasama yang digalakkan oleh pemimpin China dan Indonesia, dan merupakan model baharu bagi pembangunan dan inovasi perdagangan antara kedua-dua negara. Taman China mengambil Zon Pelaburan Fuzhou Yuanhong sebagai teras manakala Taman Indonesia mengambil Taman Perindustrian Bintan, Taman Perindustrian Aviarna dan Taman Perindustrian Batam sebagai badan utama. Melalui pembinaan bersama taman perindustrian, wujudlah projek perdana baharu Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pada Januari tahun ini, Pelan Induk Taman Demonstrasi Pembangunan Inovasi Ekonomi dan Perdagangan China-Indonesia diluluskan oleh Dewan Negara China. Sejak itu, pembinaan "dua negara dua taman" memasuki lorong pantas dalam pembangunannya.

Tahun ini, pembinaan dua dermaga baharu di Pelabuhan Yuanhong, Kawasan Pelabuhan Songxia, Pelabuhan Fuzhou, provinsi Fujian bermula. Selepas siap, Pelabuhan Yuanhong boleh menerima kontena rantai sejuk.

"Lebih 40 lori tangkapan laut diangkut dari pelabuhan sini ke simpanan beku syarikat masing-masing dalam satu hari," kata kakitangan Pelabuhan Yuanhong.

Kakitangan di Pelabuhan Yuanhong memunggah tangkapan laut dari kapal dan memuatkannya ke dalam trak. (foto: Lan Zhifei/People’s Daily Online)

Kakitangan di Pelabuhan Yuanhong memunggah tangkapan laut dari kapal dan memuatkannya ke dalam trak. (foto: Lan Zhifei/People's Daily Online)

Di sebelah Pelabuhan Yuanhong letaknya Pangkalan Logistik Rantai Sejuk Fujian Fengda yang mempunyai zon suhu paling lengkap di China, yang meliputi dari -65℃ hingga 20℃. Pangkalan tersebut menawarkan perkhidmatan seperti penyimpanan, pemprosesan, perdagangan dan logistik kepada syarikat-syarikat lain di taman yang menjadi pelanggan utamanya.

Indonesia mempunyai iklim panas dan lembap serta kaya dengan sumber perikanan, manakala China mempunyai teknologi pemprosesan yang matang dan pasaran yang luas. Oleh itu, kedua-dua negara dapat membentuk pelengkap industri. Di "dua negara dua taman", seekor udang, seekor ikan, sebiji kelapa, seketul sarang burung… semuanya hasil pembahagian kerja dan sinergi antarabangsa.

Foto ini menunjukkan produk Sashimi Shengtian Food Co., Ltd. (foto: Lan Zhifei/People’s Daily Online)

Foto ini menunjukkan produk Sashimi Shengtian Food Co., Ltd. (foto: Lan Zhifei/People's Daily Online)

Sejak awal tahun ini, pembinaan "dua taman dua negara" semakin maju dan telah menyaksikan pencapaian berperingkat termasuk interaksi tahap tinggi antara pegawai kanan China dan Indonesia, penganjuran tujuh acara berskala besar seperti Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Indonesia, dan sebagainya. Sebanyak 29 projek telah ditandatangani di bawah "dua negara dua taman" dengan jumlah pelaburan 46.65 bilion yuan (29.87 bilion ringgit). Selain itu, 143 projek dengan modal 65 bilion yuan (41.62 bilion ringgit) dimeterai melalui pembidaan antarabangsa, perancangan reka bentuk bandar, perancangan industri dan lain-lain.

Pemandangan dari udara Taman China di bawah “dua negara dua taman”. (Foto ihsan Jawatankuasa Pengurus Kawasan Yuanhong, Kawasan Baru Fuzhou.)

Pemandangan dari udara Taman China di bawah "dua negara dua taman". (Foto ihsan Jawatankuasa Pengurus Kawasan Yuanhong, Kawasan Baru Fuzhou.)

Video

Berita Berkaitan