- Lain-lain
Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 Dirasmikan di Kuala Lumpur (2)
Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 dirasmikan di Kuala Lumpur pada Khamis.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi Fadillah Yusof ketika menghadiri forum yang dihoskan oleh Kelab Sahabat Laluan Sutera Malaysia itu berkata, sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, Malaysia berharap dapat mengukuhkan hubungan dengan China dan menggalakkan inovasi dan pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang kedua-dua negara.
“Pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menyediakan peluang yang tiada tolok banding sebelum ini untuk kerjasama antara Malaysia dan China dalam pelbagai bidang seperti infrastruktur, kesalinghubungan, memudahkan perdagangan dan pertukaran sosiobudaya.
“Kedua-dua negara boleh memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk mendorong kemakmuran ekonomi kedua-dua pihak dan Asia,” kata beliau.
Ketua Setiausaha Kelab Sahabat Laluan Sutera Nepal, Ananda Prasad Pokharel ketika menyampaikan ucapan dalam forum itu berkata, BRI anjuran China yang menekankan pembinaan bersama, bertujuan untuk menggalakkan kesalinghubungan antara negara-negara terbabit dalam bidang ekonomi demi kemakmuran dan pembangunan bersama. Ini membawa peluang luar biasa bukan sahaja kepada China tetapi juga kepada rakan kongsi sejagat.
Turut hadir, kira-kira 300 perwakilan dari Malaysia, China, Nepal, Pakistan, Thailand dan negara-negara lain .
- Malaysia, China Bincang Lanjut Tempoh Pinjam Panda
- Harapan Penuntut Malaysia di China terhadap Tahun 2024
- Belajar Bahasa Cina Makin Jadi Trend di Kalangan Bukan Cina Malaysia
- Malaysia Destinasi Hangat Susulan Pengecualian Visa kepada Warga China
- Hainan Pelopor, Kekal, Jaga 'Jalan Sutera udara', Sumbang kepada Pertukaran Antarabangsa
- Keindahan Laluan Sutera
- Kerjasama Ekonomi Perdagangan China-Malaysia Dinamik