99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tibanya Musim Bunga, Produk Bercorak Bunga Kian Laris (2)

Tibanya Musim Bunga, Produk Bercorak Bunga Kian Laris
Foto bertarikh 15 Mac 2024 ini menunjukkan bahagian pameran bertemakan musim bunga di sebuah kedai produk budaya di Beijing, ibu negara China. Menjelang ketibaan musim bunga, produk budaya bercorak bunga kian laris.(Xinhuanet/Liu He)

Produk budaya bercorak bunga kian laris, tatkala pelancong keluar berjalan-jalan untuk menghayati kemekaran bunga di merata China.

Musim bunga tahun ini menyaksikan pelancong membanjiri Taman Yuyuantan, lokasi berpemandangan indah di Beijing yang terkenal kerana bunga ceri, untuk mengambil gambar tarikan terbarunya iaitu aiskrim berupa bunga ceri.

Taman itu dalam pengumuman menerusi akaun WeChat rasminya pada Februari, memaklumkan rancangan untuk menambah baik produk kreatif bertemakan budaya yang ditawarkan. Ini termasuklah produk seperti gelang, selendang dan selimut bercorak bunga ceri.

Cuaca yang bertambah nyaman juga bermakna kedai-kedai khas menjual produk kreatif bertemakan budaya turut menyiapkan bahagian pameran musim bunga.

“Bahagian pameran kami yang dihiasi corak bunga telah menarik ramai pelanggan mengambil gambar dan berkongsi di media sosial, sekali gus melariskan jualan kami,” kata seorang penjual di jalan beli-belah Wangfujing, Beijing.

“Tibanya Pesta Qingming, kami menanti-nantikan berlaku lagi pertambahan jualan yang mendadak,” katanya.

Pesta Qingming yang juga dikenali sebagai pesta membersihkan kubur, jatuhnya pada 4 April tahun ini. Di China, hari itu diperingati dengan cuti umum selama tiga hari.

Video

Berita Berkaitan