- Lain-lain
Pakai Hanfu Melancong, Trend Pemuda China
Pelancong yang memakai Hanfu bergambar di Datang Everbright City, kawasan pejalan kaki bertema Dinasti Tang di Xi’an, ibu provinsi Sha’anxi pada 15 Mei 2023. (Xinhua/Song Weiwei) |
Tahun-tahun kebelakangan ini, melawat destinasi pelancongan dengan memakai Hanfu, baju tradisional China, telah menjadi trend di kalangan pemuda.
Dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina (TBC) lalu, satu aktiviti telah dilancarkan di bandar Suzhou, provinsi Jiangsu, tenggara China. Mereka yang memakai baju tradisional China boleh menaiki subway secara percuma sepanjang sambutan perayaan yang kira-kira seminggu lamanya.
Mamianqun, skirt tradisional China, dilihat cukup laris di seluruh negara sepanjang cuti TBC dengan adanya kebiasaan membeli baju baharu untuk hari kebesaran itu.
Quanzhou, bandar kuno di provinsi Fujian yang dikenali sebagai titik permulaan Jalan Sutera Maritim pula menampakkan kebanjiran pelancong yang memakai dandanan tradisional penduduk tempatan, Gadis Xunpu, yang telah wujud sejak Dinasti Jin (260-420).
Ada juga yang mengunjungi Disneyland Shanghai dengan memakai Hanfu.
“Golongan muda memakai Hanfu adalah penanda budaya tradisional akan kembali menjadi trend,” kata Pan Lusheng, pengerusi Persatuan Sastera dan Seniman Rakyat China.
Kata beliau juga, sama ada mereka sedar ataupun tidak, generasi muda pada masa ini sedang mewarisi budaya tradisional yang unggul.
“Memakai Hanfu ketika melancong jadi trend kerana Hanfu dikaitkan dengan identiti budaya dan juga dilihat sebagai fesyen di kalangan pemuda. ”
- Pelancongan Tema Angkasa Lepas di Gurun Gobi
- Pelan Pelancongan Cuti Tahun Baharu Hangat di China
- Trend Jalan di Bandar Tonjol Gaya Hidup Perlahan, Karbon Rendah
- Penggunaan Kebudayaan, Pelancongan Pamer Trend Perkembangan Baharu
- Rentak Pelancongan Anak Muda Makin Perlahan, "Melancong di Bandar" Jadi Trend